RMS Ucap Tahniah Dan Selamat Maju Jaya Buat Luqman Hakim

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah mengucapkan tahniah kepada Luqman Hakim selepas pemain itu sah akan menyertai KV Kortrijk.

Luqman dijadualkan akan menyertai kelab Belgium itu pada Mac hadapan, selepas usia beliau genap 18 tahun. Sementara menanti tempoh itu, beliau dijadualkan akan menjalani latihan bersama kelab Inggeris, Cardiff City FC.

Foto: asiana.my

Kedua-dua kelab adalah milik jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan. Pengesahan Luqman bakal menyertai Kortrijk diumumkan sendiri oleh Tan Sri Vincent melalui satu sidang media yang diadakan di ibu kota pada hari ini.

“Kerana isu visa di Britain, saya tak boleh membawa Luqman ke Cardiff dahulu. Saya hanya boleh bagi dia berlatih dahulu sebelum menyertai KV Kortrijk secara rasmi [apabila Luqman mencecah umur 18 tahun pada Mac 2020].

“Ini cara saya membantu bola sepak Malaysia. Saya harap beliau mempamerkan persembahan cemerlang. Saya nak bawa beliau beraksi di England [bersama Cardiff City],” ujar beliau kepada media yang hadir.

Melalui satu muat naik di laman media sosial rasmi FAS, Tengku Amir Shah mewakili FAS dan semua warga Selangor mengucapkan tahniah kepada penyerang skuad Bawah 18 tahun negara itu.

Bersama-sama muat naik tersebut, turut diselitkan satu pesanan daripada baginda yang tertulis: “Pintu kami sentiasa terbuka untuk anda.”

Sebelum ini Selangor adalah salah sebuah dari dua pasukan Liga Malysia yang dikatakan serius untuk mendapatkan khidmat Luqman bagi memperkuatkan pasukan masing-masing.

Sebuah lagi pasukan yang turut dikaitkan dengan Luqman adalah juara Liga Super enam kali berturut-turut, iaitu JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN