Rivaldo: Erling Haaland Boleh Capai Tahap Seperti Ronaldo

Rivaldo

Pemenang Ballon d’Or 1999, Rivaldo percaya Erling Haaland mampu untuk menyerlahkan lagi potensi besar dimiliki sekiranya beraksi dalam saingan La Liga.

Meskipun baharu sahaja direkrut Borussia Dortmund pada jendela perpindahan Januari lalu, pemain berusia 19 tahun itu sudah mula mendapat perhatian kelab gergasi La Liga, Real Madrid.

Hal ini kerana Haaland bermula dengan begitu cemerlang apabila berjaya menjaringkan 13 jaringan dalam 12 penampilannya bagi semua pertandingan disertai Borussia Dortmund.

Sehubungan dengan itu, Rivaldo melihat anak kepada Alf-Inge Haaland ini bakal menikmati karier hebat di Sepanyol sekaligus mampu untuk mencapai tahap seperti legenda Brazil, Ronaldo.

”Dia sudah menjadi seorang pemain yang hebat, tetapi pada usia 19 tahun dia akan bertambah baik pada masa depan dan menjadi antara penyerang terbaik di dunia.”

”Dia memiliki keperibadian yang tinggi, beraksi tanpa rasa gentar dan dia kelihatan begitu tenang ketika di atas padang, jadi dia merupakan pemain berkelas dunia yang masih banyak perlu dipelajari dan itu adalah normal menyaksikan banyak kelab mahukan khidmatnya,” ujar Rivaldo menurut laporan Goal.

”Sudah ada beberapa orang yang membandingkan gaya Haaland dengan Ronaldo Nazario dan mungkin terdapat beberapa persamaan dengan Haaland.”

Embed from Getty Images

”Dia pantas, tidak takut dan menjaringkan banyak gol, tetapi masih terlalu awal untuk melabelkannya sebagai pengganti kepada Ronaldo.”

”Ronaldo berjaya memenangi dua trofi Piala Dunia dan menyertainya sebanyak empat kali. Dia juga mempesonakan dunia dengan larian serta jaringannya, jadi kami memerlukan masa untuk melihat sekiranya Haaland mampu mencapai tahap seperti Ronaldo.”

”Tetapi Haaland kelihatan mempunyai persamaan dan sekurang-kurangnya hampir dengan tahap bekas rakan sepasukan saya yang sangat hebat itu.”

Seperti kebiasaan sekiranya menyebut saingan La Liga, sudah pasti Real Madrid dan Barcelona akan menjadi tumpuan utama bagi mengaitkan dua kelab tersebut dengan mana-mana pemain hebat.

”Real Madrid kelihatan seperti mampu untuk menjadi destinasi pilihan buat Haaland pada jendela musim panas nanti dan dia telah membuktikan kualiti untuk menyinar dalam bola sepak Sepanyol.”

” ‘Kekejamannya’ di hadapan gol telah meletakkannya dalam situasi istimewa dan Barcelona juga boleh menjadi alternatif buatnya. Dia akan menjadi rekrut hebat buat kelab yang berjaya melengkapkan perpindahannya nanti,” tambah Rivaldo lagi.

Kredit featured image: Alex Livesey – FIFA/FIFA via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Erling Haaland:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN