Rivaldo: Eden Hazard Mampu Beraksi Dengan Lebih Baik Di Real Madrid

Eden Hazard

Legenda Brazil yang menjuarai Piala Dunia 2002, Rivaldo menyifatkan Eden Hazard mampu untuk memainkan peranan penting di Real Madrid selepas kelab tersebut kehilangan khidmat Cristiano Ronaldo pada musim panas lalu.

Rivaldo melabelkan bintang utama Chelsea itu sebagai ‘pemain hebat’ dan beliau menyokong sekiranya Real Madrid membawa Hazard sebagai pengganti jangka panjang buat Ronaldo itu ke Santiago Bernabeu.

Real Madrid sememangnya sudah lama menunjukkan minat bagi membawa Hazard ke Madrid, namun penjaring tujuh gol Liga Perdana Inggeris selepas lapan perlawanan itu masih mahu berbakti buat Chelsea.

Menurut sumber Goal, Rivaldo mengakui bahawa Hazard adalah pilihan terbaik buat Real Madrid.

”Pemain serangan Belgium ini (Eden Hazard) merupakan seorang pemain yang hebat dan dia menjadi pilihan yang sangat baik buat ‘pasukan impiannya’ Real Madrid pada jendela perpindahan nanti.”

”Hazard sangat cemerlang ketika beraksi bersama Belgium pada saingan Piala Dunia dan memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan cukup baik.”

”Oleh sebab itu, Real Madrid perlu mempertimbangkan untuk menandatangani Hazard, terutamanya ketika persembahan hambar ketika ini dan Hazard sendiri menyatakan keinginan untuk beraksi di (Santiago) Bernabeu.”

Rivaldo turut beranggapan bahawa kehadiran Hazard dapat memberikan perkembangan positif buat Los Blancos.

”Langkah seperti ini adalah bagus buat kelab dan penyokong apabila kehadiran pemain ternama akan memberikan lebih rangsangan selepas pemergian Cristiano Ronaldo.”

”Hazard merupakan pemain yang sangat berbakat, dia mampu menjaringkan gol dan turut banyak mencipta bantuan jaringan. Dia adalah pemain hebat yang mana saya begitu menghargainya.”

”Pada pandangan saya, Eden Hazard dapat beraksi dengan lebih baik di Real Madrid berbanding di England kerana bola sepak Sepanyol memberikan dia lebih kebebasan kepada pemain. Jadi, sekiranya dia sudah membuktikan kehebatannya di Liga Perdana Inggeris, dia boleh menjadi lebih baik di Sepanyol.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN