Risau Jadi Mangsa Perkauman, Hudson-Odoi Mahu Tinggalkan England Demi Ghana

Callum Hudson-Odoi

Pemain Chelsea, Callum Husdon-Odoi dilaporkan telah menetapkan keputusannya untuk tidak mewakili lagi England di peringkat antarabangsa.

Sebaliknya, beliau memilih untuk mewakili negara dari benua Afrika iaitu Ghana.

Laporan dari Ghana menyebut keputusan yang dibuat oleh Hudson-Odoi ini telah mula bermain di media untuk beberapa ketika, punca mengapa pemain itu memilih Ghana adalah kerana apa yang berlaku di perlawanan akhir Euro 2020 tempoh hari.

Hudson-Odoi melihat serangan perkauman yang begitu melampau yang diterima oleh Jadon Sancho, Marcus Rashford dan Bukayo Saka telah membuatkan dirinya menimbangkan potensi mewakili Ghana dan meninggalkan England.

Beliau dilaporkan berasa kecewa dengan situasi yang berlaku kepada tiga rakannya dalam skuad England itu.

Lebih utama, Hudson-Odoi mula berasa dirinya terancam kerana akan mengalami situasi yang sama jika gagal bersama The Three Lions.

Baru-baru ini, Sancho, Rashford dan Saka menjadi mangsa serangan perkauman di media sosial selepas ketiga-tiga pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti di perlawanan akhir Euro 2020 menentang Itali.

Kegagalan mereka menyebabkan Itali muncul juara dan ketiga-tiga pemain ini terus dijadikan sasaran diatas faktor kulit mereka.

Dalam masa yang sama, kerajaan Ghana menerusi menteri sukannya, Mustapha Ussif digesa oleh presidennya iaitu Akufo-Addo untuk mencari ruang bagi membolehkan Hudson-Odoi bermain untuk negara itu.

Ini berlaku selepas pemain tersebut bertemu dua individu tersebut dalam lawatannya ke Ghana.

Untuk rekod, Hudson-Odoi sudah mewakili England di peringkat senior sebanyak tiga kali.

Beliau masih boleh menukar kepada Ghana dengan syarat Hudson-Odoi sudah tidak mewakili England selama tiga tahun.

Baca juga artikel kami yang lain:

Kisah Kurniawan Dwi Yulianto Yang Pernah Bergandingan Dengan Mancini & Platt

Tidak Perlu Pertikai FAM Hantar Skuad B-20 Untuk Kelayakan AFC B-23

Melaka United Jadi Tempat Gary Steven Robbat Buktikan Kemampuan Sebenar

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply