Riquelme, Kisah Kecacatan Si Trequartista Yang Menjadi Kesempurnaan

Juan Riquelme dianggap ‘the last’ trequartista oleh peminat beliau. Ini kerana cara beliau bergerak di belakang penyerang dan mencipta peluang sangat luar biasa.

Pablo Aimar menganggap tiada lagi pemain no.10 sehebat Riquelme dalam karier beliau sebagai pemain.

Lihat ‘assist’ ini daripada Riquelme yang sangat cantik kepada Aimar dalam perlawanan B-23. Lihat reaksi Aimar yang seakan-akan tak percaya Aimar dapat menjumpai ruang itu.

Bakat

Beliau dikurniakan bakat yang luar biasa. Sentuhan pertama yang melekat, sangat tenang ketika ditekan. Walaupun tak pantas bergerak tetapi beliau sangat pantas berfikir.

Tak cukup dengan itu, ditambah pakej kreativiti, sepakan percuma dan kemampuan untuk menjaringkan gol.

Ketidaksempurnaan seorang trequartista moden

Dalam bola sepak moden, seorang trequartista itu perlu ada kepantasan dan kelajuan. Dan itu adalah kelemahan beliau.

Ada yang menganggap Riquelme adalah trequartista/fantasista dari masa lampau yang bermain di era moden tetapi dia berjaya.

Bola sepak adalah sukan yang anda sukakan pemain laju. Namun untuk Riquelme anda akan berkata, inilah pemain perlahan yang anda suka.

Walaupun tak sentiasa bergerak pantas dalam padang, ada kalanya anda akan berkata: ‘Entah dari mana dia boleh tiba di dalam kotak penalti?’

Jadi, jika anda mencari video di Youtube dan anda mencari kata kunci skil, anda tak akan jumpa beliau dalam indeks tertinggi dimainkan.

Oleh itu anda kena taip nama Riquelme untuk melihat keindahan bola sepak gaya beliau.

Ronald Reng dalam bukunya, A Life Too Short berkata:

“Roman Riquelme adalah pemain yang paling sukar ditafsir.”

“Gerakan beliau dan pembawakan diri yang perlahan tetapi sukar untuk orang merampas bola kerana dia berfikir terlalu cepat dan membuatkan dia kelihatan lebih pantas (bergerak) daripada orang lain.”

Di Argentina, beliau banyak bermain dengan Juan Sebastian Veron sejak usia muda. Menurut Veron, Riquelme seorang pemain yang memiliki kesabaran dan fokus yang tinggi dalam padang.

Beliau memulakan karier dengan Boca Juniors. Melakukan debut senior pada usia 18 tahun. Pemain yang hanya berjogging tetapi membuatkan permainan menjadi sangat laju.

Ke Barcelona

Pada November 2002, Riquelme menyertai Barcelona dengan nilai €11 juta. Pemain yang dianggap sesuai dengan ideologi Barca.

Riquelme menganggap ianya adalah cara untuk beliau membantu kelab yang beliau sayang dan terpaksa pergi ke Eropah. Barcelona adalah kelab besar.

Beliau sebenarnya tak mahu ke sana pada usia yang muda dan tak bersedia. Namun beliau bertemu dengan pengurusan kelab dan diberitahu kelab memerlukan suntikan dana untuk membayar hutang mereka.

Boca Juniors dalam kesukaran dari segi kewangan. Sebaik sahaja mendengar dia mahu dibeli Barca dengan nilai sebesar €11 juta, abangnya diculik dijadikan tebusan.

Itu juga antara sebab yang membuatkan beliau menerima perpindahan itu. Ianya untuk membayar wang tebusan.

Namun malangnya, beliau berhadapan dengan konflik antara Van Gaal dan pengurusan tertinggi yang tak sehaluan dalam isu beliau.

Van Gaal ketika itu kecewa kerana gagal mendapatkan beberapa pemain beliau kehendaki lalu meletakkan Riquelme sebagai senarai tak sepatutnya dibeli oleh lembaga pengarah.

Riquelme dianggap Van Gaal sebagai satu ‘political signing’ kerana pemain itu tiada dalam peracangannya.

Louis Van Gaal menyatakan mustahil Riquelme menjadi pemain utama dalam usaha beliau memperkasakan semula falsafah Total Football dalam pasukan Barcelona.

Van Gaal tidak banyak menggunakan beliau dan kerap menurunkannya di posisi sayap. tentang perpindahannya ke Barcelona.

Selepas Van Gaal dipecat, Barcelona kemudian mendapatkan Ronaldinho yang juga pemain no.10 seperti beliau. Barcelona ketika itu perlu mengurangkan kuota pemain asing.

Riquelme dipinjamkan ke Villarreal.

Mengukir nama di Villareal

Di sinilah Riquelme menempa nama dan menjadi legenda. Dia mulai menjadi fenomena bukan sahaja di Villareal dan Argentina, malah di seluruh dunia.

Dan tak keterlaluan untuk dikatakan ramai kita mulai mengenali Villareal kerana beliau.

Dia seperti biasa, pemain yang kelihatan malas berlari namun sangat efektif menerima bola pada waktu penting. Sangat sukar pertahanan merampas bola dari kakinya walaupun dia tak ada skil seperti Ronaldinho.

Beliau telah menjadikan Villareal sebagai satu pasukan yang perlu bergerak dengan cara beliau. Daripada kelab kecil, Villareal mulai menjadi pencabar kejuaraan liga.

Mereka menamatkan liga pada 2004/05 di tangga ke-3. Ini bermakna Riquelme membantu kelabnya mara ke UCL dalam musim debutnya.

Dan penyokong Villareal mulai menganggap Riquelme antara perkara terbaik berlaku dalam sejarah kelab mereka.

Di sana beliau bermain bersama-sama rakan senegaranya iaitu Rodolfo Arruabarrena, Gonzalo Rodríguez dan Juan Pablo Sorín.

Pada akhir musim 2004/05, Marca menganugerahkan beliau sebagai Pemain Paling Artistik. Dan pada 2005, beliau dicalonkan untuk Anugerah Pemain Terbaik FIFA.

Villareal membeli beliau secara tetap dengan nilai €8 juta, namun ada bayaran tambahan berdasarkan prestasi Villareal.

Pada 2005 Villareal menyingkirkan cabaran pasukan seperti Manchester United di peringkat kumpulan dan mereka menjuarai kumpulan D.

Villareal perlu menambah €1 juta kepada Barcelona kerana kejayaan mara ke kalah mati UCL. Dan pada musim itu juga Villareal mara sehingga ke separuh akhir UCL.

Riquelme gagal menyempurnakan penalti pada separuh akhir menentang Arsenal. Mereka tersingkir daripada separuh akhir kerana tewas perlawanan pertama 1-0.

Konflik dengan pengurusan

Riquelme kemudian berhadapan dengan konflik dengan kelabnya. Ini kerana beliau mengkritik pasukannya yang kurang mendapatkan pemain penting untuk mencabar kejuaraan.

Pada satu ketika beliau kelihatan agak ego dan memberitahu dia sudah melakukan segalanya untuk kelab.

Villareal kecewa dengan kenyataan beliau dan mendedahkan perangai buruknya seperti suka datang lambat ke latihan. Dan kerap juga tak datang langsung. Manuel Pellegrini ketika itu membuat keputusan untuk menghukum beliau.

Namun Riquelme tetap mendapat sokongan daripada ramai peminat dan juga pemain. Antaranya, Diego Forlan yang memberitahu:

“Tiada kelab di dunia yang akan menyisihkan Riquelme.”

Segalanya semakin teruk apabila Riquelme tak mahu datang latihan pada awal musim 2007/08 di mana dia mahu menerima kelahiran cahaya matanya.

Pellegrini hilang sabar kerana Riquelme tidak profesional dan tidak memaklumkan kepada mereka lebih awal.

Beliau disisihkan daripada pasukan dan hanya terlibat dalam beberapa perlawanan. Pada Februari 2007, beliau dipinjamkan ke Boca Juniors.

Riquelme adalah lebih kepada ideologi berbanding dengan seorang pemain. Itulah kata-kata daripada Jonathan Wilson dalam bukunya Inverting The Pyramid.

Beliau adalah simbol no.10 yang ada ideologinya sendiri. Pemain yang menjadikan kelemahannya satu kesempurnaan. Kerana kelemahan beliau untuk berlari pantas, dia meningkatkan aspek permainan lain ke tahap luar biasa.

Pada era moden no.10 adalah pemain yang sangat lincah seperti David Silva, Lionel Messi, Ronaldinho. Namun Riquelme hidup di zaman moden itu dengan baka no.10 yang lebih pasif dalam larian.

Sukar untuk mencari pemain yang tidak laju untuk bermain no.10 dalam pasukan besar pada hari ini. Beliau juga boleh bermain sebagai false no.9 kerana ketajamannya di hadapan gol.

Adakah beliau relevan dalam sistem bola sepak moden hari ini?

Kenapa tidak. Pada hari ini, ada satu peranan dipanggil bek separa (half back) ataupun bek sukuan (quarter back).

Itulah peranan yang dimainkan Pirlo, Xabi Alonso, Gerrard (era Brendan Rodgers), Sergio Busquet, dan hari ini kita melihat Jorginho dan ramai lagi.

Mereka bermain sebagai deep lying playmaker.

Hull City’s Ian Ashbee (l) and Liverpool’s Xabi Alonso battle for the ball (Photo by Peter Byrne – PA Images/PA Images via Getty Images)

Kualiti pemain seperti Riquelme ini adalah yang sangat penting dalam sistem ini. Pemain yang tidak perlu terlibat dalam setiap aksi bertahan secara keras.

Namun apabila menerima bola, mereka akan mempercepatkan transisi dengan kualiti hantaran mereka.

Fasa akhir karier

Kepulangannya ke Boca Juniors, beliau bertekad mahu membantu kelabnya memenangi kejuaraan besar. Dan beliau menepati janjinya.

Beliau membantu Boca memenangi Copa Libertadores pada 2007 dan memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai. Itu adalah kejuaraan Libertadores Ke-3 dalam kariernya dan beberapa kejuaraan lagi.

Antaranya membantu Boca menjuarai liga pada 2008 dan 2011.

Itulah kisah Juan Roman Riquelme, si Trequartista yang ada 51 kaps untuk negaranya. Dalam karier untuk kelab beliau bermain 495 kali dan menjaringkan 125 gol. Beliau bersara secara penuh pada 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN