Richard Scully Setuju Tindakan AMD Letak Tanda Harga Untuk Pemain

Bekas pemain bola sepak negara, Richard Scully mengatakan beliau mendapati tindakan Akademi Mokthar Dahari (AMD) untuk meletakkan harga bagi setiap graduan mereka adalah satu tindakan yang wajar.

Menurut laporan BERNAMA, beliau yang juga merupakan Pendidik Jurulatih dan Pencari Bakat Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) berkata, sepatutnya polisi itu dilakukan lebih awal lagi dan bukannya bermula pada 2020.

Akan tetapi, ianya terpaksa dilakukan pada tahun hadapan selepas mengalami kekangan akibat rasa tidak puas hati sesetengah pihak dengan pelaksanaan polisi itu.

“Saya rasa sudah tiba masa kita letakkan tanda harga kepada para pemain di Akademi Mokthar Dahari kerana mereka berada dalam satu generasi bertempoh lima tahun.”

Dalam perkembangan terkini, generasi pertama graduan AMD telah pun mempunyai jalan mereka dalam saingan bola sepak Malaysia apabila dua pasukan Liga Super telah tampil mengikat para pemain tersebut.

Selangor mendapatkan sebahagian besar para graduan generasi pertama AMD ini sementara Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mendapatkan enam pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN