Selepas Dapatkan Musacchio, AC Milan Berminat Untuk Dapatkan Ricardo Rodriguez

AC Milan cukup sibuk dalam jendela perpindahan kali ini.

Baru-baru ini, AC Milan telah mengesahkan perpindahan pemain pertahanan baharu mereka iaitu Mateo Musacchio dari Villareal.

Pertahanan antarabangsa Argentina itu menandatangani kontrak selama 4 tahun untuk menjadi pemain pertama yang menyertai revolusi AC Milan untuk musim baharu.

Revolusi ini diteruskan dengan pemburuan pemain Wolfsburg iaitu Ricardo Rodriguez.

Hal ini telah pun disahkan sendiri oleh ejen Rodriguez sendiri iaitu Fabio Parisi.

Akan tetapi, Parisi mendedahkan yang perpindahan tersebut sedikit terganggu kerana penyertaan Wolfsburg dalam saingan saringan Bundesliga tempoh.

“Apa yang saya boleh cakap, semua orang mahu selesaikan urusan perpindahan ini dengan segera.”

“Pihak AC Milan nyata berminat untuk dapatkan Rodriguez, dan Rodriguez juga berminat untuk setai AC Milan.”

Dalam masa yang sama, AC Milan dalam misi untuk mendapatkan pemain Olympique Lyonnais iaitu Rachid Ghezzal yang akan kehabisan kontraknya pada musim ini.

Namun begitu, AC Milan juga mengalami masalah terutamanya melibatkan Gianluigi Donnaruma.

Hal ini kerana penjaga gol remaja itu kini menjadi rebutan banyak kelab-kelab utama di Eropah.

Lebih perit, Donnaruma kini tinggal setahun saja lagi dalam kontrak beliau bersama AC Milan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN