Ribery Dedahkan Punca Sebenar Kenapa Beliau Tidak Ke Premier League Pada 2009

Frank Ribery merupakan salah satu pemain yang cukup hebat yang pernah beraksi di Bundesliga.

Satu masa dahulu, beliau antara pemain sayap yang cukup mantap. Cuma kini dengan usia yang semakin meningkat dan kecederaan yang dialami membataskan beliau untuk beraksi dengan lebih kerap.

Namun tahukah anda? Dahulu beliau merupakan buruan kelab-kelab dunia?

Tolak tawaran

Ribery mendedahkan sebab kenapa beliau tidak menerima tawaran untuk ke Premier League ketika tahun 2008 dan 2009.

Ketika itu, Manchester United dan Chelsea antara kelab yang benar-benar mahukan khidmat beliau.

Menurut Ribery, Chelsea ketika itu hadir kepada Bayern Munich dengan tawaran lumayan £56 juta termasuk memberi pemain mereka iaitu Jose Bosingwa.

“Semestinya saya fikirkan mengenai perpindahan itu. Ketika itu banyak kelab nak dapatkan saya.”

Juventus, Inter, Milan, Barca, Real, Chelsea dan Manchester United antara kelab-kelab yang mahukan khidmat saya.”

Namun begitu, perbincangan bersama Uli Hoeness dan juga Karl-Heinz Rummenigge telah banyak mempengaruhi keputusan Ribery untuk terus kekal di Allianz Arena.

“Selepas saya berjumpa dengan mereka, mereka telah berikan banyak nasihat kepada saya.”

“Nyata saya tak menyesal, hal ini kerana saya berjaya menang segalanya di sini. Malah keluarga saya juga gembira di sini.”

Dalam masa yang sama, Ribery juga berazam mahu jadikan kelabnya sekarang adalah kelab terakhir beliau.

“Saya nak main di Bayern Munich sebagai kelab terakhir saya.”

“Saya nak main di sini sehingga lutut, kaki dan badan saya suruh saya berhenti bermain.”

Baca juga: Lapangan Terbang Di Portugal Akan Dinamakan Sebagai Cristiano Ronaldo Airport

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN