Rezal Zambery Harap Kerajaan Dapat Benarkan Penyokong Kembali Ke Stadium

Rezal Zambery

Bekas pemain kebangsaan, Rezal Zambery Yahya percaya penyokong Liga Malaysia sudah matang untuk memastikan mereka sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sekiranya diberi lampu hijau hadir ke stadium pada musim depan.

Rezal tidak menolak kehadiran penyokong di stadium untuk menyaksikan perlawanan begitu penting dalam menyuntik elemen positif kepada industri bola sepak sekali gus mampu untuk menarik minat penaja-penaja membuat pelaburan dalam Liga Malaysia.

Justeru, beliau memuji usaha keras yang sentiasa dilakukan oleh Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengusulkan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membenarkan penyokong hadir ke stadium dengan harapan ia dapat dipersetujui sebaik sahaja liga bermula pada Februari tahun hadapan.

Apatah lagi, bekas Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) ini sedar dengan kedudukan industri bola sepak tanah air akibat penularan COVID-19 , namun dengan adanya penonton walaupun berskala kecil, sekurang-kurangnya ia mampu memberi sedikit sinar untuk menarik minat penaja lain.

“Secar peribadi, saya berharap pihak Kerajaan Malaysia dapat membenarkan penonton untuk datang ke stadium sebab kemeriahan bola sepak bergantung juga kepada sokongan mereka.

“Dan saya rasa penyokong-penyokong kita dah cukup matang dan bijak untuk sentiasa mematuhi SOP jika mereka dibenarkan hadir ke stadium, malah mereka pun sedar dengan pentingnya keselamatan diri dan saya percaya mereka tidak akan sesuka hati melanggar peraturan itu.

“Saya harap pihak MKN dapat melihat dan menilai cadangan ini kerana kalau tidak, nilai bola sepak itu sendiri akan terjejas jika selepas ini penaja kurang berminat dengan sukan ini.

“Apa-apa pun, MFL terutamanya tidak pernah berputus asa untuk memastikan saingan liga berjalan lancar dan ini membuktikan mereka juga serius dalam memastikan apa jua saranan atau peraturan yang ditetapkan dapat dipatuhi oleh semua pasukan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Rezal berharap pasukan-pasukan terus cekal untuk mengharungi musim 2021 disebalik keadaan pandemik COVID-19 yang masih tidak menentu ketika ini.

Beliau percaya semua pasukan sudah belajar daripada apa yang telah berlaku pada musim ini untuk lebih matang dalam memastikan persediaan pemain berjalan lancar.

“Saya puji usaha semua pasukan yang ketika ini begitu ghairah mempersiapkan pasukan meskipun kita tahu keadaan wabak COVID-19 ini tidak menentu.

“Mereka nampaknya lebih bersemangat dan lebih bersedia untuk menghadapi musim 2021 dan saya harap mereka dapat susun segala strategi dan pelan terbaik sekiranya berlaku perkara tidak diingini sepertimana yang sudah berlaku pada musim ini,” tambah Rezal Zambery lagi.

Kredit featured image: Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) 

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan semasa bola sepak seluruh dunia:

Andy Robertson: Peminat Dah Tak Begitu Menikmati Bola Sepak Kerana VAR

RASMI: Perak Umum Kehadiran Azri Ghani Perkuatkan Pasukan

Cavani Mungkin Dingantung Tiga Perlawanan Kerana Perkataan Perkauman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN