Rusia 2018: Rendahnya Pandangan Media Inggeris Terhadap Croatia Beri Mereka Motivasi

Kemenangan Croatia ke atas England dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 cukup bersejarah buat mereka.

Hal ini kerana, mereka akan ke perlawanan akhir buat pertama kali menentang Perancis!

Tapi bagaimana mereka melakukannya?

Menurut kapten Croatia iaitu Luka Modric, Croatia termotivasi dengan kata-kata nista yang diberikan oleh media Inggeris terhadap mereka.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 11: Luka Modric of Croatia celebrates following his team’s victory in the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between England and Croatia at Luzhniki Stadium on July 11, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Ryan Pierse/Getty Images)

Beliau mengganggap media Inggeris memandang rendah keupayaan mereka dan merasakan pasukan itu boleh ditewaskan kerana pasukan Croatia keletihan selepas bermain sehingga ke penentuan sepakan penalti sebanyak 2 kali.

“Kami tunjukkan kepada mereka yang kami tidak penat. Kami menguasai perlawanan ini secara mental dan fizikal!”

Modric mengakui media Inggeris sebenarnya termakan dengan kata-kata mereka sendiri kerana memandang rendah keupayaan pasukan Croatia.

“Orang bercakap, wartawan Inggeris, penganalisis di televisyen turut bercakap.”

“Mereka memandang rendah Croatia pada perlawanan ini dan mereka telah melakukan kesilapan.”

MOSCOW, RUSSIA – JULY 11: Mario Mandzukic of Croatia celebrates with team mates after scoring his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between England and Croatia at Luzhniki Stadium on July 11, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Ryan Pierse/Getty Images)

Bagi Modric, media Inggeris perlu belajar untuk lebih menghormati pihak lawan.

“Semua kata yang mereka berikan kami ambil dan kami baca. Kami sepertinya, ‘okay, kita akan lihat siapa yang penat di atas padang.'”

“Mereka patutnya lebih merendah diri dan menghormati pihak lawan mereka dengan lebih lagi.”

Dalam pada itu, ia ibarat mimpi menjadi kenyataan kepada Croatia untuk layak ke perlawanan akhir.

“Ia merupakan satu pencapaian yang cukup hebat buat kami. Ia mrupakan satu mimpi yang menjadi kenyataan setelah sekian lama mengidam mengenainya.”

“Kami patut berbangga, kerana kami berada di perlawanan akhir dan ianya satu kejayaan terbesar dalam bola sepak Croatia.”

Croatia layak ke perlawanan akhir selepas perlawanan diheret ke masa tambahan.

Mario Mandzukic menjaringkan gol kemenangan di separuh masa pertama masa tambahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN