Rekod Thomas Tuchel Lawan Kelab Inggeris Sebelum Ke Premier League

Thomas Tuchel mungkin adalah pengurus baharu di Liga Perdana Inggeris selepas dilantik selaku pengganti Frank Lampard di Chelesa. Namun ini tidak bererti beliau tidak pernah berhadapan cabaran pasukan-pasukan besar dari England.

Pernah bergelar pengendali Borussia Drtmund dan kemudiannya Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel bolehlah dianggap sebagai jurulatih elit dan pernah bersemuka dengan gergasi-gergasi Inggeris seperti Tottehan Hotspur, Liverpool dan Manchester United di pertandingan eropah.

Namun bagaimanakah rekod Thomas Tuchel menentang pasukan-pasukan ini. Kita imbau kembali pengalaman Tuchel yang pernah bersemuka dengan kelab-kelab Inggeris sebelum ini.

Thomas Tuchel mengendalikan Chelsea buat pertama kali di Premier League.

Tuchel vs Tottenham Hotspur

Jumlah perlawanan: 2
Menang: 2
Gol: 5
Bolos: 1

Tampil sebagai pengganti Jurgen Klopp di Borussia Dortmund, pengalaman pertama Tuchel di pertandingan elit eropah bersama kelab Bundesliga itu tiba pada musim 2015/16. Selepas berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan dan kemudiannya Porto di pusingan kalah mati pertama, skuad kendalian Tuchel kemudiannya berhadapan Tottenham Hotspur kendalian Mauricio Pochettino.

Spurs membariskan kesebelasan terbaiknya walaupun merehatkan Harry Kane kerana turut mengintai peluang untuk menduduki empat tempat teratas di saingan Premier League.

Pierre Emerick-Aubameyang yang masih bersama Dortmund paa ketika itu menjaringkan 39 gol dalam semua pertandingan pada musim tersebut menjaringkan dua gol di White Hart Lane, sebelum Son Heung-Min mengurangkan defisit untuk bekalan ke Signal Iduna Park.

Beraksi di tempat lawan, Pochettini sekali lagi tanpa pemain utama seperti Kane, Mousa Dembele dan Kyle Walker yang direhatkan. Selepas menang 2-1 di White Hart Lane, Tuchel dan Dortmund merekodkan kemenangan 3-0 hasil jaringan Aubameyang dan dua gol Marco Reus.

Tuchel vs Liverpool

Jumlah perlawanan: 4
Menang: 1
Seri: 1
Kalah: 2
Gol: 8
Bolos: 9

Rekod Tuchel menentang Klopp sejak ketika kedua-duanya di Bundesliga sehingga ke hari ini amat buruk. Tuchel hanya merekodkan dua kemenangan dari 19 pertemuan.

Kurang enam bulan selepas dilantik pengurus Liverpool, takdir menemukan Jurgen Klopp dengan bekas kelabnya Dortmund, yang beliau sendiri teruja lihat sejak Dortmund diambil alih oleh Tuchel.

Selepas pengalaman menentang Tottenham pada musim sebelumnya, Dortmund dianggap sebagai pilihan untuk menewaskan The Reds dan mara ke separuh akhir Europa League.

Perlawanan pertama berkesudahan dengan seri 1-1 di Jerman. Dortmund kemudiannya berjaya mendapatkan dua gol dalam tempoh sepuluh minit pertama permainan, sebelum Liverpool kembali untuk menang 4-3 secara agregat. Gol masa kecederaan Dejan Lovren itu adalah yang pertama ‘malam magis di Anfield’ di bawah kendalian Klopp.

18 bulan selepas itu Tuchel dilantik sebagai pengendali PSG, dan diundi berada dalam satu kumpulan bersama Liverpool di pertandingan Champions League. Gol masa kecederaan Roberto Firmino memberikan Liverpool kemenangan 3-2 di Anfield sebelum pasukan itu tewas 2-1 di Paris. Tatkala PSG disingkirkan oleh Man United di pusingan seterusnya, Liverpool mengakhiri kempen selaku juara.

Manchester United

Jumlah perlawanan: 4
Menang: 2
Kalah: 2
Gol: 7
Bolos: 6

Diundi bertemu Manchester United di pusingan 16 pasukan terbaik Champions League pada musim 2018/19, PSG dilihat mendapat laluan mudah untuk mara ke pusingan seterusnya. Apatah lagi selepas Tuchel dan anak buahnya menang 2-0 di perlawanan pertama di Old Trafford.

Lebih membuatkan keadaan parah buat Ole Gunnar Solksjaer dan Man United, mereka akan hilang khidmat Paul Pogba untuk perlawanan timbal balik di Parc des Princess selepas dilayangkan kad merah. Namun sebaliknya yang berlaku.

Manchester United bangkit untuk menang 3-1 hasil sepakan penalti minit akhir Marcus Rashford untuk mencipta salah satu malam menakjubkan Man United di Eropah sejak era Sir Alex Ferguson.

Musim ini Manchester United sekali lagi menewaskan PSG 2-1 di Paris. Tetapi kekalahan 3-1 kepada PSG di Old Trafford menjadi salah satu sebab mengapa Man United tersingkir dari saingan elit eropah itu pada musim ini.

Tuchel akan bersemuka dengan Solksjaer sekali lagi pada Februari ini apabila Manchester United bertandang ke Stamford Bridge.

Penutup

Secara keseluruhan termasuk perlawanan menentang Wolves yang berkesudahan dengan seri baru-baru ini bermakna Tuchel telah merekodkan lima kemenangan, dua seri dan empat kekalahan. Skuad kendalian Tuchel juga berjaya menjaringkan 20 gol dan dibolosi 16 kali.

Berdasarkan data mudah ini, nyata keputusannya agak seimbang. Kita juga boleh merumuskan bahawa Tuchel mampu bersaing dengan kelab-kelab utama di Inggeris.

 

Baca artikel menarik kami yang lain seperti di bawah:

Analisis: 4 Perkara Dari Debut Thomas Tuchel Bersama Chelsea Menentang Wolves

Gary Neville Jangka Thomas Tuchel Tak Akan Lama Di Chelsea

Thomas Tuchel Dipilih Demi Menerapkan ‘DNA Jerman’ Di Chelsea

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN