Rekod Penjualan Termahal Daripada Kelab Major League Soccer Milik Pemain Belasan Tahun

Ada suara-suara nakal (dan menyakat) mengatakan Major League Soccer seperti ‘retirement home’. Suara ini dikhabarkan semakin vokal tatkala Amerika Syarikat gagal mara ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Setiap beberapa tahun sekali, akan ada penambanhan bilangan kelab dalam saingan liga bola sepak di negara Uncle Sam itu. Itu pun masih ada yang skeptikal dan membandingkan dengan liga-liga sukan lain di Amerika Syarikat.

Tetapi, adakah ada berita yang berunsur positif akan dikenang oleh peminat MLS?

Rekod

Memang ada sebenarnya pemain yang pernah berkelana keluar dari MLS dan mencuba nasib di Eropah. Contoh terbaik ialah Tim Howard (penjaga gol Colordo Rapids) dan Clint Dempsey (pemain tengah Seattle Sounders).

Bayern Munich, kelab tersohor Jerman telah mengesahkan perpindahan masuk pemain dari Vancouver Whitecaps iaitu Alphonso Davies. Bayern mendapatkan pemain ini dengan yuran perpindahan sebanyak 13.5 juta dolar Amerika.

Ia merupakan yuran perpindahan keluar paling tertinggi yang diterima dari kelab selain MLS. Alphonso secara rasminya akan menjadi pemain di kelab Jerman itu mulai 1 Januari 2019.

Beliau baru berusia 17 tahun!

Akan meningkat

Yuran perpindahan itu dijangka akan meningkat kepada 22 juta dolar Amerika. Alphonso menandatangani kontrak bersama Bayern Munich sehingga 30 Jun 2023.

Pengarah bola sepak yang juga bekas pemain Bayern Munich, Hasan Salihamidzic gembira dengan kedatangan pemain muda yang berbakat itu. Alphonso merupakan pemain berbakat tetapi tidak banyak kelab yang memberi tumpuan kepadanya.

Hasan mengucapkan terima kasih kepada pasukan peninjau bakat yang mengesan bakat Alphonso. Malah, beliau menzahirkan ucapan yang sama kepada barisan petugas perundangan yang banyak membantu urusan menandatangani pemain muda ini.

Generasi 2000

Alphonso merupakan antara pemain pertama dalam MLS yang lahir pada tahun 2000. Malah, beliau juga menjadi antara salah seorang pemain skuad kebangsaan Kanada dari abad ke-21.

Sebenarnya, beliau merupakan anak kepada imigran Liberia yang berhijrah ke Kanada. Alphonso lahir di Ghana, negara yang menempatkan kem pelarian dari Liberia.

Liberia pada waktu itu sedang bergolak disebabkan perang saudara.

Tetapi, pada 2017, beliau telah diberikan kerakyatan Kanada dan dibenarkan beraksi di peringkat antarabangsa untuk negara tersebut.

Benarlah kata sesetengah orang, kesusahan dan kepayahan hidup dapat merencana disiplin seterusnya mengorak langkah kejayaan. Syabas buat Alphonso, semoga dapat beraksi untuk Kanada.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN