Rekod Menakjubkan Ali Mabkhout, Lionel Messi Dipintas Penyerang India

Kapten pasukan India, Sunil Chhetri mencipta rekod baharu sebagai pemain kebangsaan India apabila beliau berjaya memintas rekod jaringan Lionel Messi di peringkat antarabangsa, selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023  pada malam tadi.

Chheteri menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-79 dan ke-92 perlawanan untuk memberikan kemenangan 2-0 kepada India ke atas Bangladesh dalam saingan Kumpulan E di Stadium Jassim Bin Hamad yang terletak di Doha.

“Untuk memperolehi tiga mata, dan beraksi penuh ia sangat manis! Saya juga gembira kerana gawang kami turut tidak dibocori,” ujar Chhetri selepas perlawanan.

Secara keseluruhan Chhetri telah menjaringkan 74 gol dari 117 perlawanan antarabangsa menjadikan beliau pemain kedua terbanyak menjaringkan gol di pentas antarabangsa di kalangan pemain yang masih aktif.

Jumlah jaringan oleh Chhetri kini hanya di belakang kapten Portugal, Cristiano Ronaldo yang telah menghasilkan 103 gol dari 174 penampilan.

Rekod jaringan menakjubkan kapten pasukan India itu bermakna beliau juga memintas jumlah jaringan penyerang UAE, Ali Mabkhout di dalam senarai penjaring itu.

Mabkhout telah mencetak 73 gol dari 89 perlawanan termasuk jaringan menentang Malaysia tempoh hari. Messi pula setakat ini telah menyumbat 72 gol dari 143 penampilan untuk Argentina.

Chhetri yang berusia 36 tahun bagaimanapun berada di kedudukan ke-11 senarai penuh penjaring terbanyak gol antarabangsa sepanjang zaman.

Ali Daei dari Iran kekal pendahulu dengan jumlah 109 jaringan dari 149 penampilan untuk negaranya, dan ia adalah rekod yang semakin dihampiri oleh Ronaldo yang akan mengemudi cabaran Portugal di Euro 2020 bermula hujung minggu ini.

 

Baca artikel lain berkaitan bola sepak antarabangsa melalui pautan berikut:

5 Pemain Muda Berpotensi Besar Untuk Diikuti Sepanjang Euro 2020

Pakatan Kapten & Pemain Bintang Yang Bersekongkol Boikot Copa America 2021

UEFA Cadang Tamatkan Penggunaan Peraturan Gol Di Tempat Lawan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN