Rekod Maraton Penentuan Sepakan Penalti Paling Panjang di England Tercipta!

Percayakah anda, rekod sepakan penalti paling panjang di England telah dipecahkan malam tadi!

Ini berlaku ketika perlawanan peringkat kumpulan Trofi EFL Checkatrade antara Chelsea B-21 menentang Oxford United. Perlawanan tersebut berlangsung pada malam tadi di Stamford Bridge dan disaksikan seramai 5,200 penonton.

Sebanyak 34 sepakan penalti diambil di antara kedua-dua pasukan atau 17 penalti untuk setiap pasukan.

Ia sekaligus memecahkan maraton 32 sepakan penalti di antara Derby County vs Carlisle United pada Piala EFL pusingan ke-3 pada Ogos lalu dan 30 penalti di antara Liverpool vs Middlesbrough (Piala EFL) pada September 2014.

Nota Editor: Trofi EFL berbeza dengan Piala EFL

Kedua-dua pasukan (Chelsea B-21 dan Oxford United) terikat 1-1 pada masa sebenar.

Trofi EFL Checkatrade adalah pertandingan yang tidak menggunakan format 30 minit masa tambahan jika perlawanan tersebut terikat selepas 90 minit. Ia akan terus ke penentuan sepakan penalti.

Chelsea B-21 menurunkan beberapa pemain yang tidak asing lagi seperti Kurt Zouma dan Marco van Ginkel.

Skuad Chelsea B-21 menewaskan Oxford United dengan 13 berbalas 12. Penjaga gol tuan rumah, Bradley Collins berjaya menyelamatkan sepakan ke-34 dalam penentuan tersebut oleh Wes Thomas.

Berikut ‘highlight’ boleh ditonton di bawah:

Namun begitu, Oxford United tetap akan layak ke pusingan kalah mati kerana mengutip 5 mata daripada 3 perlawanan.

Pada perlawanan sebelum ini, Oxford United juga pernah seri menentang musuh setempat, Swindon Town. Tetapi, kelab yang berpangkalan di kota akademik terkemuka dunia itu turut tewas dalam sepakan penalti.

Format baru Piala EFL Checkatrade

Ia adalah pertandingan untuk pasukan kedua dari League One dan League Two.

Namun musim ini ia agak kontroversi apabila FA England menjemput 16 pasukan akademi EPL untuk turut sekali dalam kejohanan yang sepatutnya dikhaskan kepada pasukan kedua bukan EPL.

64 pasukan diasingkan kepada 2 zon, iaitu Zon Utara dan Zon Selatan. Setiap zon terdiri daripada 8 kumpulan. Dalam setiap kumpulan pula dipecahkan lagi kpada 4 pasukan yang akan bermain sesama mereka.

Sebagaimana biasa, 3 mata untuk pasukan yang menang.

Bezanya ialah jika ada keputusan seri. Kedua-dua pasukan yang seri akan berkongsi 1 mata, namun ada 1 lagi mata diberikan kepada pemenang penentuan penalti selepas 90 minit.

Baca juga : Jika Tak Jadi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump Mungkin Sudah Jadi Pemilik Rangers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN