Rekod 69 Perlawanan Tanpa Kalah Celtic Dalam Saingan Domestik Akhirnya Berkecai

Celtic

Kuasa besar bola sepak Scotland, Celtic terpaksa menelan kepahitan apabila rekod tanpa kalah selama 69 perlawanan kelab tersebut dalam saingan domestik akhirnya dicalarkan Hearts di gelanggang lawan pada perlawanan liga yang berlangsung malam tadi.

Kekalahan 4-0 tersebut juga merupakan kekalahan pertama yang dialami pengurus, Brendan Rodgers dalam saingan domestik sejak menyandang jawatan pengurus pasukan pada tahun 2016.

Pengurus berusia 44 tahun dari Ireland Utara itu memberikan kredit diatas semangat juang dan persembahan yang ditampilkan pasukan tuan rumah serta turut memuji anak buahnya disebalik keputusan yang mengecewakan tersebut.

Bercakap kepada Sky Sports 2, Rodgers berkata: ”Kredit harus diberikan kepada Hearts, mereka pasukan yang baik dan mempunyai fizikal yang lebih baik berbanding kami pada babak pertama dan mereka benar-benar layak untuk menang. Tahniah kepada Hearts diatas kejayaan ini.”

”Tetapi saya juga mengucapkan tahniah kepada para pemain saya. Ini (rekod tanpa kalah) merupakan satu pencapaian yang luar biasa buat pasukan. Ianya membuktikan tahap profesional dan kualiti yang dimiliki mereka.”

”Mereka telah melalui 69 perlawanan dan ini merupakan kekalahan pertama. Sudah pastinya ianya merupakan suatu yang menyakitkan apabila anda ditewaskan seperti ini tetapi anda perlu kekal fokus. Mereka (para pemain) begitu menakjubkan 18 bulan ini.”

”Kami tidak begitu baik hari ini (semalam), kami membuat begitu banyak kesilapan untuk memperoleh kemenangan tetapi saya tetap berbangga dengan para pemain. Kami akan menekan butang ‘reset’, menganalisis perlawanan dan cuba untuk menang pada pertengahan minggu ini (berdepan Patrick Thistle di laman sendiri).”

Pada perlawanan bertemu Hearts di Tynecastle Park, Celtic dikejutkan dengan dua jaringan di babak pertama menerusi pemain berusia 16 tahun, Harry Cochrane dan Kyle Lafferty. Manuel David Milinkovic menambah dua jaringan pada separuh masa kedua untuk melengkapkan malam gemilang buat pasukan yang kini berada di tangga ke-5 Liga Perdana Scotland itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN