Redknapp: Spurs Perlukan Sentuhan Magis Bale

Harry Redknapp Gareth Bale Spurs

Bekas pengurus Tottehnam Hotspur, Harry Redknapp yakin penyerang Real Madrid, Gareth Bale akan menjadi nilai tambah yang diperlukan di kelab utara London itu untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain di England.

Beliau percaya walaupun usianya sudah menceceah 31 tahun, namun penyerang Wales itu masih memiliki sentuhan magis untuk kembali menjadikan Spurs sebagai salah satu pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tottenham kini sedang berunding dengan Madrid untuk membawa bekas pemain mereka itu kembali ke kelab tersebut. Bale meninggalkan Spurs untuk menyertai Los Blancos pada 2013 sebagai pemain termahal dunia dengan yuran perpindahan bernilai €100 juta.

Di kelab Sepanyol itu, Bale telah membantu pasukannya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak empat kali – dengan menjaringkan gol dalam dua final – dan dua kejuaraan La Liga.

Namun beliau telah dihantui oleh beberapa siri kecederaan dan kurang mendapat kepercayaan Zinedine Zidane untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan di mana musim lepas diberi peluang beraksi hanya 20 perlawanan sahaja dalam semua pertandingan.

Redknapp yang bertanggungjawab menyerah potensi Bale dengan menukar posisinya dari pertahanan kiri kepada pemain sayap menyerang percaya bekas anak buahnya itu boleh kembali menunjukkan kemampuan sebenarnya tidak kira sama ada beliau menyertai Spurs mahupun Manchester United.

“Pastinya beliau akan menjadi pembelian yang hebat untuk mana-mana pasukan. Saya tak sabar nak tengok Gareth kembali bermain. Dia adalah pemain yang berbakat, rugi jika tak dapat tengok dia beraksi,” ujar Redknapp kepada BBC.

“Bagus juga jika dia kembali ke Tottenham dan membantu pasukan tersebut musim ini. Mereka kelihatan menjadi pasukan yang sederhana sahaja dalam tempoh enam bulan ini. Baru-baru ini pun mereka tewas kepada Everton, jadi memeng mereka perlukan pemain seperti Gareth.

“Jika dia memilih Manchester United sekalipun, dia akan tetap menghasilkan sesuatu yang berbeza.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkambangan bola sepak England:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN