Real Madrid Tawar £150 Juta Untuk Hazard, Barcelona Anggap Tag Harga Hazard Melampau

Eden Hazard menjadi pemain yang paling panas dalam jendela perpindahan kali ini. Real Madrid sudah pastinya rancak dikaitkan dengan Hazard selepas kehilangan Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini pun Real Madrid sudah beberapa kali dikaitkan dengan Hazard.

Barcelona turut mahukan Hazard

Laporan Sports menyatakan yang Barcelona ada menghubungi Eden Hazard untuk potensi perpindahan pemain itu ke Nou Camp. Ia agak mengejutkan.

Namun ejen Hazard memaklumkan Chelsea meminta sekitar £176 juta untuk pemain tersebut ataupun €200 juta. Barcelona menganggap valuasi harga itu terlampau mahal.

Harga itu dikatakan lebih kepada isyarat Chelsea enggan menjual Eden Hazard buat masa ini. Namun berdasarkan situasi kontrak semasa Hazard, The Blues mungkin terpaksa menjual Hazard.

Barcelona tidak rasa nilai Eden Hazard sebesar itu. Dan Sky Sports kemudian melaporkan Barcelona mahukan Willian sebagai alternatif untuk Hazard dengan harga jauh lebih rendah.

Sebelum ini Barcelona membeli Coutinho dengan nilai £146 juta dan Ousmane Dembele £105 juta (boleh mencecah £135 juta).

BARCELONA, SPAIN – JANUARY 08: New Barcelona signing Philippe Coutinho is unveiled at Camp Nou on January 8, 2018 in Barcelona, Spain. The Brazilian player signed from Liverpool, has agreed a deal with the Catalan club until 2023 season. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Giliran Real Madrid

Beberapa jam selepas berita tersebut, Real Madrid dilaporkan mahu memulakan langkah untuk membawa Eden Hazard ke Santiago Bernabeu.

Real Madrid menyediakan £150 juta untuk mendapatkan Eden Hazard. Hazard adalah pilihan utama untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo.

Hazard masih belum lagi menandatangani kontrak lanjutan yang ditawarkan kepada beliau di Stamford Bridge. Chelsea dilaporkan menawarkan £300,000 seminggu.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 02: Eden Hazard of Chelsea during the Premier League match between Chelsea and Newcastle United at Stamford Bridge on December 2, 2017 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Kontrak semasa beliau masih ada 2 tahun lagi. Hazard memberitahu beliau tidak tergesa-gesa untuk menandatangani kontrak baru kerana mahu melihat dahulu perancangan pasukan untuk musim baru.

Chelsea baru sahaja memecat Antonio Conte. Dan ia mungkin akan memainkan peranan penting dalam isu ini, sama ada Hazard mahu bermain di bawah Sarri atauapun tidak mahu memberikan komitmen jangka panjang.

Hazard menjadi pemain bintang yang menyerlah dalam Piala Dunia 2018. Membantu negaranya beraksi sehingga ke separuh akhir. Awal pagi esok, Belgium akan menentang England dalam penentuan tempat ke-3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN