Real Madrid Tak Puas Hati Mengenai Hak Penyiaran, Heret La Liga Ke Mahkamah

Semua sedia maklum, La Liga adalah liga bola sepak di mana bersemayamnya dua pemain terhebat dunia – Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

La Liga juga mempunyai rekod yang baik di kejohanan-kejohanan Eropah, dengan 4 juara UEFA Champions League sejak 2010 adalah pasukan dari Sepanyol.

1-3

Manakala Sevilla menjajah Europa League sejak 3 musim lalu dengan kejuaraan 3 kali berturut-turut.

Namun di sebalik kejayaan ini, La Liga mempunyai satu kekurangan – saingan komersial.

Mahu saingi Premier League

Tidak dinafikan Premier League adalah liga terbaik di dunia dari segi nilai komersial.

Hal ini terbukti apabila liga bola sepak tertinggi di England tu akan memperoleh £5.136 bilion dari tahun 2016-2019 hasil penjualan hak penyiaran siaran langsung.

Perkara ini mendorong kepada La Liga untuk menstruktur semula undang-undang hak penyiaran bagi membolehkan liga itu menyaingi Premier League dari segi nilai komersial.

Untuk musim 2016/17 ini, La Liga telah menguat kuasakan undang-undang yang membolehkan hak penyiaran bagi 20 pasukan di La Liga dikongsi bersama.

Undang-undang ini akan memastikan tiada pasukan di saingan tertinggi Sepanyol itu mendapat wang yang lebih kurang berbanding kelab La Liga yang lain.

Hasil dari penguat kuasaan undang-undang yang berkuatkuasa sejak Mei 2015 akan membolehkan La Liga mengaut keuntungan sebanyak £1.98 bilion untuk 3 musim seterusnya.

Oleh disebabkan penguat kuasaan undang-undang tersebut, La Liga juga membuat keputusan untuk mendenda mana-mana kelab yang menujukkan tempat duduk kosong ketika perlawanan siaran langsung.

La Liga mahukan setiap tempat duduk penonton dipenuhi dengan penyokong ketika siaran langsung diadakan.

Ini sebagai respon La Liga terhadap populariti Premier League yang semakin meningkat.

Kelab El Clasico cabar La Liga di mahkamah

Namun begitu, undang-undang hak penyiaran ini tidak dipersetujui oleh satu daripada kelab El Clasico iaitu Real Madrid.

Sejak dahulu, kelab-kelab di La Liga perlu menjual hak penyiaran mereka sendiri kepada stesen televisyen.

Dan kelab seperti Real Madrid dan Barcelona mendapat layanan ‘eksklusif’ mengenai perkara ini dari pihak stesyen televisyen.

Real Madrid tidak bersetuju dengan undang-undang hak penyiaran yang baharu ini kerana dijangka akan mengugat penguasaan kelab El Clasico dalam penjualan hak penyiaran kepada stesen televisyen.

Presiden La Liga, Javier Tebas (gambar bawah) membidas Real Madrid mengenai hal ini.

“Kita (La Liga) harus menjadi kompetitif, dan undang-undang ini adalah keperluan bagi kita.”

“Real Madrid meletakkan diri mereka dalam bahaya. Mereka tidak sedar manfaat yang mereka akan dapat dalam undang-undang ini.”

“Mereka mencabar La Liga dan mengheret kami ke mahkamah, ini adalah perbuatan yang salah dan hanya mencemarkan nama mereka.”

Tebas turut mengatakan sikap Real Madrid ini merupakan sikap dari zaman kuno.

“Perangai mereka ini seperti orang di zaman dahulu, tidak beradab. Tapi mereka tidak mampu nak menghalang undang-undang ini.”

“Sudah 3 kali tindakan undang-undang diambil oleh Real Madrid terhadap kami sebelum ini, namun tidak berjaya.”

Penguasaan kelab El Clasico tidak akan tergugat.

Tebas juga menegaskan penguasaan dua kelab El Clasico terhadap hak penyiaran tidak akan tergugat walaupun undang-undang baharu ini dilaksanakan.

“Real Madrid dan Barcelona tidak akan terkesan teruk dengan undang-undang ini. Malah kelab-kelab yang lebih kecil akan lebih maju hasil dari undang-undang ini.”

“Kelab-kelab seperti Athletico Madrid, Sevilla dan Valencia akan mendapat pendapatan yang lebih dari hak penyiaran. Tak lupa juga kelab yang lebih kecil seperti Real Betis.”

Di Sepanyol, Real Madrid (25.5%) mempunyai tontonan perlawanan siaran langsung yang lebih ramai berbanding Barcelona (16.9%).

Namun Barcelona mempunyai tontonan perlawanan siaran langsung lebih ramai di luar Sepanyol dengan 25.6% berbanding Real Madrid 21.9%.

Dan peratusan ini mendorong La Liga untuk menguat kuasakan undang-undang hak penyiaran yang baharu ini.

Undang-undang hak penyiaran yang baharu ini juga mampu menaikkan nama La Liga.

Hal ini kerana La Liga mempunyai sering mempunyai drama pada hari terakhir sejak 2,3 musim yang lalu.

Seperti contoh, juara La Liga pada musim lalu terpaksa ditentukan pada hari terakhir antara Barcelona dan Real Madrid sebelum hatrik dari Luis Suarez memberi kejuaraan kepada Barcelona.

Dan pada musim lepas, La Liga menjadi liga paling sedikit jurang antara juara dengan naib juara – hanya dipisahkan dengan 1 mata.

Ini berbeza dengan liga utama Eropah yang lain seperti Premier League dan Bundesliga dengan 10 mata, Ligue 1 dengan 31 mata.

Hanya Serie A sahaja yang mempunyai jurang 1 angka antara juara dengan naib juara seperti La Liga – 9 mata membezakan Juventus dengan Napoli.

Baca juga: Selain Robin, Batman Juga Memanggil Peguam Untuk Tewaskan Valencia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN