Real Madrid Sambar Ubi Brazil

Real Madrid telah mengumumkan mereka berjaya menandatangani penyerang remaja Brazil, Reinier Jesus dari kelab Flamengo selepas pemain berusia 18 tahun itu bersetuju untuk menyertai kelab La Liga tersebut dengan kontrak selama enam tahun.

Reinier telah membuat penampilan pertama bersama skuad utama Flamengo pada 31 Julai 2019. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi liga Brazil dan Copa Libertadores pada musim lepas.

“Kami mengucapkan semoga beliau berjaya dalam fasa baharu dalam kariernya”, tulis Flamengo dalam kenyataan rasmi kelab.

Pemain yang beraksi di posisi tengah menyerang itu merupakan penjaring terbanyak di sebuah kejohaanan bawah 16 tahun di Dubai pada 2018 di mana pasukannya telah menewaskan Real Madrid dalam perlawanan akhir.

Beliau juga beraksi bersama Flamengo dalam kejohanan Piala Kelab Dunia pada bulan lepas, namun tidak beraksi sewaktu pasukannya tewas kepada Liverpool dalam perlawanan akhir.

Reinier akan menyertai Real Madrid Castilla (pasukan simpanan) pada bulan Februari selepas selesai tugasan bersama skuad muda Brazil di kejohanan pra-Olimpik.

Sebelum ini Real Madrid telah pun mendapatkan dua pemain muda yang juga dari Brazil iaitu Vinicius Junior dan Rodrygo SIlva de Goes.

Media tempatan Brazil melaporkan Real Madrid telah membayar yuran perpindahan yang dianggarkan bernilai €30 juta.

Pembelian terbaru Real Madrid itu jelas seiring dengan hasrat presiden kelab, Florentino Perez yang mahu memastikan Los Blancos tidak lagi terlepas dari mendapatkan mana-mana ‘bintang masa depan’ selepas beliau gagal mendapatkan Neymar yang menyertai pasukan ‘musuh’ utama, Barcelona pada 2013.

Kredit Foto: Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN