Real Madrid Mahu Korbankan Eden Hazard Untuk Kylian Mbappe

Eden Hazard

Masa semakin suntuk buat Eden Hazard di Real Madrid apabila beliau dilihat bakal menjadi korban oleh kelab itu dalam misi mendapatkan pemain baharu.

Hazard yang hadir sebagai pengganti Cristiano Ronaldo dilihat tidak mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan bintang Portugal itu.

Oleh kerana itu, Real Madrid merancang untuk mendapatkan Kylian Mbappe sebagai pengganti namun Hazard perlu dikorbankan.

Menurut laman Sport di Sepanyol, Real Madrid kini bersedia untuk melepaskan Hazard kepada mana-mana pasukan dengan tawaran yang baik.

Mbappe dilihat menjadi pengganti terus kepada Hazard di posisi sayap kiri. Namun dengan kualiti dan statusnya sebagai bintang muda terhangat, Real Madrid pastinya perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan Mbappe.

Dengan nilai Hazard pastinya jatuh akibat beliau tidak memenuhi potensi yang diharapkan sewaktu tiba di Real Madrid, kelab itu pastinya terpaksa melepaskan Hazard dengan harga yang tidak setinggi mereka bayar kepada Chelsea untuk mendapatkannya.

Lebih sukar buat mereka, kemungkinan Real perlu melepaskan salah seorang pemain mereka kepada Paris Saint-Germain (PSG) untuk mendapatkan Mbappe menerusi pembelian menggunakan wang berserta pemain.

Vinicius Jr. adalah calon jika Real mahu melepaskan salah seorang mereka, hal ini kerana pemain itu sebelum ini adalah buruan PSG sebelum memilih untuk ke Sepanyol.

Akan tetapi, mereka dijangka bakal berhadapan saingan daripada Liverpool yang juga berminat akan Mbappe.

Jurgen Klopp dilihat mahu menambahkan ketajaman serangan Liverpool, namun begitu ianya bukanlah satu tindakan lazim yang dilakukan mereka untuk membayar pemain dengan harga mahal tanpa melepaskan bintang sedia ada.

Jika Hazard dilepaskan, ke mana beliau akan pergi? Berikan pendapat anda.

Baca juga artikel kami mengenai Eden Hazard:

Ashley Cole: Jack Grealish Miliki Kualiti Mirip Eden Hazard

Kembali Cergas, Eden Hazard Kini Sedia ‘Gegar’ La Liga

Thibaut Courtois: Jaga-Jagalah Dengan Eden Hazard Ketika El Clasico Nanti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN