Rumors Perpindahan £100 Juta Ke Real Madrid, Hazard Sayangkan Kota London

Real Madrid tidak berahsia tentang minat mereka terhadap pemain sensasi Chelsea, Eden Hazard.

Real dikatakan sudah menyediakan dana £100 juta untuk mendapatkan antara pemain terbaik di EPL musim ini.

Real Madrid memang berminat dengan Eden Hazard telah sekian lama. Namun musim lalu Los Blancos seakan-akan tidak mahu mengambil kesempatan untuk membawa Hazard masuk ke sana.

Mana tidaknya, Eden Hazard musim lalu ada masalah dengan Jose Mourinho dan ia mungkin peluang terbaik untuk mereka memujuk Eden Hazard.

Ia tidak berlaku kerana Hazard gagal bermain baik sepanjang musim lalu.

Eden Hazard tidak menafikan tentang rumors tersebut walaupun beliau tidak mengesahkan berita tersebut.

Namun beliau lebih memikirkan soal keluarga. Dipetik dari laman rasmi Chelsea, Hazard menyatakan:

“Selepas saya bersara suatu hari nanti, saya mungkin akan kembali ke Belgium untuk lebih dekat dengan keluarga.”

“Ataupun saya akan duduk di tempat lain yang kami sekeluarga selesa kerana cuaca yang cantik.”

“Anak-anak saya sangat selesa tinggal di sini (London). Jadi, saya mungkin memilih untuk terus tinggal di sini.”

“Namun masa itu masih jauh lagi. Kita tunggulah sahaja apa yang bakal berlaku.”

Ia seakan-akan memberikan gambaran, beliau buat masa ini lebih selesa di London yang dianggap Hazard sebagai rumah kedua untuk keluarganya.

Hazard kini sudah menjaringkan 11 gol daripada 26 penampilan EPL musim ini. Chelsea pula berada 10 mata di hadapan Tottenham Hotspurs.

Baca juga:VIDEO: Bruno Suzuki Dedah Marko Simic Pemain Paling Kelakar Dalam Skuad Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram