Real Madrid Mulakan Langkah Untuk Dapatkan Hazard Dan De Gea

Real Madrid dilaporkan mahu dapatkan Hazard dari Chelsea dan juga David De Gea dari Manchester United. Ia mungkin nampak agak mustahil buat masa ini. Namun mereka akan cuba mengemukakan bidaan.

Eden Hazard, duit dan Morata

Pengerusi kelab, Florentino Perez dan juga pengurus – Zinedine Zidane meminati aksi bintang Chelsea ini sejak dari dulu lagi.

Ini bukanlah pertama kali Real Madrid dikaitkan dengan Eden Hazard. Ini kerana sebelum ini mereka juga dikatakan meletakkan pemain antarabangsa Belgium itu dalam radar mereka.

Real Madrid akan cuba menawarkan bayaran tunai yang lumayan dan Morata sebagai prinsipal dalam perjanjian tersebut.

Sebelum ini, Eden Hazard pernah menyatakan bahawa beliau adalah peminat setia Zinedine Zidane. Zidane telah menjadi hero zaman sekolah Eden Hazard.

Beliau dengan terbuka berkata:

“Jika anda bertanya sama ada saya mahu beraksi di bawah lagenda Perancis, Zinedine Zidane pada suatu hari nanti, sudah pasti jawapannya Ya!”

“Ketika saya kecil, saya menyaksikan beliau di kaca tv dan meluangkan masa berjam-jam di internet. Boleh dikatakan, saya bercakap Zidane, dan makan pun Zidane.”

“Tetapi saya nak ulangi sekali lagi, saya sangat selesa di Chelsea buat masa ini.”

Hazard masih ada baki 3 tahun kontrak di Stamford Bridge. Zinedine Zidane pernah melabel Eden Hazard adalah pemain ke-3 terbaik di dunia selepas Ronaldo dan Messi.

Hazard dikurniakan dengan bakat menggelecek, kreativiti dan kemampuan untuk menjaringkan gol. Ianya antara sebab kenapa Zidane sentiasa mahukan pemain itu di dalam pasukan.

Alvaro Morata dikatakan antara pemain yang menjadi sasaran Antonio Conte. Beliau mahukan penyerang itu sama ada untuk menggantikan Costa yang mungkin akan ke China musim hadapan.

Pada masa yang sama, jika Costa ada sekalipun, Morata akan menjadi tambahan berguna kepada skuad. Sebelum ini Morata meluahkan, perpindahan ke Real Madrid mungkin satu kesilapan.

Beliau gagal memberikan impak di kelab tersebut. Pada awalnya, beliau dibeli untuk dijadikan pemain utama menggantikan Benzema yang ketika itu nampak sudah merosot prestasi beliau.

Namun hal itu tidak berlaku sehingga ke hari ini. Beliau hanya berada dalam kesebelasan utama sebanyak 7 kali sahaja musim ini.

De Gea sekali lagi dalam senarai

Selain Eden Hazard, Real Madrid juga menghidupkan kembali usaha untuk mendapatkan David De Gea dari Manchester United.

De Gea antara penjaga gol terbaik di Eropah sejak beberapa musim kebelakangan ini. Selepas Iker Casillas, Real Madrid tidak memiliki penjaga gol yang berprofil tinggi.

De Gea pernah menyatakan beliau mahu menyertai Real Madrid sebelum ini, namun Louis Van Gaal berjaya memujuk pemain itu kekal di Old Trafford.

De Gea adalah pemain yang berada dalam perancangan jangka panjang Real Madrid.

Ia juga satu usaha yang tampak sukar. Namun mereka pernah lakukan aktiviti seperti ini banyak kali di masa lalu.

Baca juga: Sah! Mehmet Durakovic Pengendali Baru Perak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN