Real Madrid Beri Kenyataan Rasmi Tentang Neymar

Bahagian komunikasi Real Madrid menjawab kenyataan beberapa media yang mengaitkan mereka dengan Neymar.

Pemergian Cristiano Ronaldo ke Juventus telah menguatkan spekulasi kepada beberapa pemain yang dikatakan dalam radar Real Madrid.

Real Madrid memiliki kewangan yang sangat kukuh dengan kurang berbelanja dalam beberapa musim ini. Selain itu mereka menjuarai 4 UCL dalam 5 musim yang memberikan mereka hadiah kemenangan yang sangat besar.

Ini termasuk Neymar, Hazard dan Mbappe. Real Madrid dijangka mahu membina Galaticos baharu.

Neymar (BRA) during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between 1st Group E and 2nd Group F at Samara Arena on July 2, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Foto Olimpik/NurPhoto via Getty Images)

Neymar memang sudah lama dikaitkan dengan Real Madrid. Dalam siaran media terbaru mereka, Real Madrid menyatakan:

“Memandangkan maklumat berterusan mengaitkan pemain PSG Neymar Jr dengan kelab kami, Real Madrid C. F. ingin menjelaskan bahawa kami tidak merancang untuk membuat apa-apa tawaran untuk pemain tersebut.”

“Hubungan antara kedua-dua kelab ini adalah sangat baik, jadi, jika pada suatu ketika Real Madrid sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pemain PSG, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah pergi bercakap dengan pihak kelab PSG.”

Sebagai tambahan, sebelum ini Real Madrid sudah menafikan akan mendapatkan Mbappe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN