Real Madrid Peroleh €71 Juta Dari Kejohanan UCL, Man United Hanya Dapat €39 Juta

Menyertai kejohanan UEFA Champions League (UCL) adalah satu impian besar buat mana-mana kelab di Eropah.

Bukan sekadar prestij dan potensi bertemu serta beraksi menentang pasukan-pasukan dan para pemain terbaik utama Eropah, malah wang hasil menyertai kejohanan ini nyata cukup lumayan bagi mereka yang menyertainya.

Hal ini kerana, wang dari hak penyiaran bagi kejohanan ini cukup tinggi. Mana tidaknya, kejohanan UCL ini ditonton di seluruh dunia!

Baru-baru ini, laman Swiss Ramble telah mendedahkan jumlah wang kejohanan yang diterima oleh para pasukan yang menyertai UCL terutamanya dari Britain.

Pada musim ini, Liverpool merupakan pasukan Inggeris yang paling berjaya dari segi kutipan wang kejohanan.

Hal ini dapat dibuktikan apabila mereka memperoleh €66 juta dari kejohanan ini – paling tinggi berbanding mana-mana kelab Inggeris yang lain.

Liverpool

Dibelakang Liverpool adalah Chelsea yang memperoleh €64 juta.

Apa yang mengejutkan adalah Manchester City yang memperoleh jumlah yang lebih sikit berbanding Chelsea iaitu €62 juta walaupun mereka menamatkan saingan UCL di peringkat yang lebih tinggi berbanding pasukan dari London itu.

Tottenham Hotspur pula memperoleh €60 juta untuk menjadi kelab Inggeris keempat tertinggi memperoleh wang kejohanan UCL.

Manakala Manchester United memperoleh jumlah paling sedikit dengan jurang yang besar apabila hanya memperoleh €39 juta sahaja.

Hal ini disebabkan Manchester United layak ke saingan UCL menerusi saingan Europa League.

Sementara bagi kelab La Liga, Real Madrid merupakan penerima paling tinggi wang kejohanan UCL dengan nilai €71 juta.

CARDIFF, WALES – JUNE 03: Sergio Ramos of Real Madrid lifts The Champions League trophy after the UEFA Champions League Final between Juventus and Real Madrid at National Stadium of Wales on June 3, 2017 in Cardiff, Wales. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Jumlah itu amat besar jika mahu dibandingkan dengan penerima kedua tertinggi dari La Liga iaitu Barcelona yang hanya memperoleh €57 juta sahaja.

Sevilla pula hanya menerima €48 juta dan Atletico Madrid pula hanya menerima €32 juta – lebih rendah berbanding Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN