Real Madrid Perlu Segera Cari Pengganti Ronaldo , Hazard & Mbappé Calon Sesuai

“No Ronaldo, No Problem?” Adakah benar telahan sesetengah pihak bahawa ketiadaan Cristiano Ronaldo tidak akan memberikan kesan kepada Real Madrid?

“(Real) Madrid tidak memiliki pemain seperti Ronaldo. Mereka tidak menggantikannya.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Hazard atau Mbappé memiliki kualiti yang hampir sama, dan anda boleh merasakannya sekarang.”

Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain Barcelona, Ludovic Giuly seperti yang dilaporkan oleh Goal.

Menurut beliau, Eden Hazard dan Kylian Mbappé adalah calon yang paling layak menggantikan tempat Cristiano Ronaldo di Real Madrid.


Gergasi Sepanyol itu menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam semua pertandingan selepas mengatasi Viktoria Plzen 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa lalu.

Namun begitu, skuad kendalian Julen Lopetegui masih belum mampu untuk menarik nafas lega apabila bakal mengharungi perlawanan El Clasico bertemu musuh tradisi Barcelona pada Ahad ini di Nou Camp.

Guily turut mengulas mengenai penyebab kemerosotan prestasi pasukan itu sejak akhir-akhir ini.

Beliau tidak menafikan Los Blancos pada hari ini seolah-olah sedang menghadapi kesulitan untuk mengembalikan prestasi terbaik mereka.

“Real Madrid sedang mengalami kesulitan ketika ini.”

“Ronaldo telah melonjakkan prestasi Juventus kerana beliau merupakan seorang pemain yang bagus dan seorang pemain profesional yang hebat.”

(Photo by Helios de la Rubia/Real Madrid via Getty Images)

Tambahnya lagi: “Mereka juga kehilangan jurulatih (Zinedine Zidane) yang memenangi tiga gelaran UCL berturut-turut.”

“Mereka kehilangan pemain yang penting untuk pasukan. Ia adalah kitaran kehidupan dan kadangkala, ia sukar untuk diganti.”

Tidak cukup rehat

Barcelona mendahului carta La Liga ketika ini walaupun sekadar meraih lima kemenangan daripada sembilan aksi, dan Giuly berpendapat kepenatan pasca-Piala Dunia telah memberikan impak kepada gergasi Sepanyol itu.

“Pemain-pemain beraksi sebanyak 60 perlawanan setahun dan menghadapi tekanan dalam saingan Piala Dunia.”

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

“Jika beraksi hingga ke perlawanan akhir, anda perlu bermain lapan lagi perlawanan.”

“Mereka sekadar berehat selama tiga minggu. Saya berasakan pemenang Piala Dunia memerlukan rehat sekurang-kurangnya sebulan.”

Ronaldo sukar untuk dicari ganti

Sebelum ini, rakan sepasukan, Toni Kross telah mengeluarkan kenyataan yang sama dengan menyifatkan sukar bagi mana-mana pemain untuk menggantikan pemain seperti Cristiano Ronaldo.

“Ronaldo mungkin pemain terbaik dalam sejarah bola sepak setakat ini. Jadi bukan mudah untuk menggantikannya.”

“Kita akan lihat apa yang bakal berlaku pada musim hadapan (2018/19). Mungkin satu perkara yang sukar untuk dilakukan.”

Zinedine Zidane believes Real Madrid fans’ whistles inspired Cristiano Ronaldo

“Walaupun saya yakin dengan pasukan ini, tetapi Ronaldo tetap tidak boleh dicari ganti. Ronaldo berupaya menjaringkan hampir 50 gol pada setiap musim”

“Ronaldo merupakan tonggak penting yang banyak memainkan peranan dalam membantu kejayaan kami (Real Madrid) sejak beberapa tahun yang lalu,” jelas Kroos.

Selepas menjalani karier gemilang di Santiago Bernabeu, Ronaldo akhirnya telah memutuskan untuk menyertai Juventus musim panas lalu dengan nilai perpindahan dicatatkan sebanyak €100 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN