Real Betis Kejutkan Barcelona 4-3 Di Nou Camp, Ter Stegen Buat Kesilapan Budak Sekolah

Barcelona meraikan kepulangan semula kapten mereka Lionel Messi yang berehat sebelum ini kerana patah tangan.

Namun malangnya Barcelona dikejutkan oleh Real Betis di Nou Camp dengan kekalahan 3-4. Ini adalah kali pertama Lionel Messi dan Barcelona tewas apabila beliau menjaringkan 2 gol untuk Blaugrana.

Marc Andre Ter Stegen memulakan perlawanan dengan rekod penjaga gol dari Jerman yang paling banyak penampilan di La Liga – mengatasi rekod bekas penjaga gol Real Madrid, Bodo Illgner – 91 penampilan.

Namun malangnya Ter Stegen bolos 4 kali dan kesilapan penjaga gol (goalkeeping error) beliau turut menyumbang kepada kekalahan mengejut Barcelona di tangan Real Betis.

Junior Firpo meletakkan Betis di hadapan pada minit ke-20. Ianya gol yang selayaknya mereka dapat selepas beraksi dengan sangat baik.

https://twitter.com/FTalentScout/status/1061667615960154113

Sebelum rehat, pemain veteran – Joaquin menjaringkan gol kedua untuk memastikan Betis masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 2 gol.

Bersambung babak ke-2, Lionel Messi kembali menjaringkan gol. Messi menyempurnakan penalti untuk merapatkan jurang.

Namun sayangnya – selepas itu Marc-Andre ter Stegen melakukan kesilapan budak sekolah (schoolboy error) yang dihukum oleh Giovani lo Celso pada minit ke-71. Ter Stegen gagal menumbuk kemas percubaan Lo Celso.

Barcelona merapatkan jurang gol sekali lagi – kali ini menerusi Arturo Vidal pada minit ke-79. 2 minit kemudian Ivan Rakitic dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Pada minit ke-83 – bekas pemain Real Madrid – Sergio Canales menjaringkan gol ke-4 untuk Real Betis. Lionel Messi menjaringkan gol sagu hati pada masa kecederaan. Barcelona tewas 3-4 di tangan Real Betis.

Ini adalah kekalahan pertama Barcelona di tempat sendiri dalam La Liga selepas kali terakhir tewas pada 10 September 2016 – kalah 1-2 di tangan Alaves.

Ini juga kemenangan pertama Real Betis di Nou Camp selepas tewas dalam 8 kunjungan mereka sebelum ini. Ianya sudah lebih 20 tahun Real Betis tidak menang di Nou Camp.

Pengurus Real Betis, Quique Setien kini menjadi pengurus pertama menang di Bernabeu dan Nou Camp dalam tempoh 10 tahun

Real Betis selayaknya menang dalam perlawanan ini. Lihatlah catatan statistik mereka yang ternyata memberikan saingan sengit kepada Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN