Reaksi Grealish Selepas Mengetahui Beliau Bakal Memakai Nombor 10 Sungguh ‘Priceless’

Telah tular di media sosial pada ketika ini, sebuah video yang memperlihatkan bagaimana bahagianya Jack Grealish ketika beliau mengetahui yang dirinya akan memakai jersi nombor 10 bersama Manchester City.

Pada petang Khamis lalu, Jack Grealish telah melengkapkan perpindahan paling bernilai dalam sejarah saingan Premier League, untuk menyertai Manchester City dari Aston Villa dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta.

Selepas hampir sebulan beliau dikaitkan dengan bakal ke Etihad, pemain midfield berusia 25 tahun itu, telah menandatangani perjanjian selama enam tahun bersama Manchester City.

Menurut laporan dari media UK, pemain kebangsaan England itu dilaporkan akan menerima pendapatan bernilai £300,000 seminggu.

Grealish yang sebelum ini pernah membuat 213 penampilan dari lapan musim bersama Aston Villa, sudah mula turun menjalani latihan bersama skuad Manchester City.

Tidak lama selepas pengumuman secara rasmi dilakukan, laman web kelab telah mengesahkan yang Grealish akan diberikan jersi bernombor 10, yang mana ia merupakan nombor yang sama beliau pakai ketika beraksi bersama Villa sebelum ini.

Beliau akan memakai nombor yang sebelum ini dipakai oleh legenda Premier League, pemain terhebat sepanjang zaman kelab dan penjaring terbanyak kelab, Sergio Aguero.

Pemain kebangsaan Argentina itu telah memakai jersi bernombor 10 sejak tahun 2015 sehinggalah penghujung kariernya musim lalu, sebelum beliau melengkapkan perpindahannya menyertai Barcelona.

Jadi bagaimana agaknya reaksi Grealish selepas mengetahui yang beliau akan memakai jersi bernombor 10?

Rakaman video ketika Grealish melihat jersi barunya di dalam bilik persalinan tukar di media sosial ketika ini, dengan reaksi yang beliau tunjukkan sungguh priceless.

“Saya tak tahu sama sekali yang saya akan memakai nombor 10!”

https://twitter.com/livvjanee/status/1423592580953018368?s=19

Jelas Grealish dalam keadaan beliau tersipu malu.

“Ahhh ini menceriakan hari-hari saya. Sebenarnya ia menceriakan saya sepanjang tahun ini.”

Dalam temu bual pertamanya sebagai pemain Manchester City, pemain midfield kelahiran Birmingham itu telah menyatakan yang, kesempatan untuk beliau beraksi di bawah salah seorang pengurus terhebat dunia ada sesuatu kita yang tak mungkin beliau lepaskan.

“Ketika saya datang sini pagi tadi, saya sempat berbual panjang dengan dia (Guardiola) tentang posisi. Semuanya tentang bola sepak.”

Jelas beliau kepada laman rasmi kelab.

“Ia merupakan satu perbualan yang sangat positif. Ia menunjukkan tentang mengapa saya benar-benar mahu bermain di bawah dia.”

“Saya tak ada dengar hal lain selain dari kebaikan dia dari rakan sepasukan saya dalam skuad kebangsaan England dan saya sudah tak sabar untuk bermula.”

“Pada akhirnya, ia jelas merupakan satu hal yang tak mungkin boleh saya tolak. Mari kita berdoa supaya ini akan berhasil.”

Penerimaan para penyokong dan beberapa pundit tentang berita penandatanganan Jack Grealish ini tidak begitu baik sebenarnya.

Mereka merasakan nilai £100 juta itu terlalu tinggi untuk seorang pemain midfield dari Aston Villa dengan ramai yang beranggapan Manchester City cuba merosakan harga pasaran pemain.

Walau bagaimanapun, Grealish kini sudah sah menjadi pemain The Citizens, dan peminat sudah tidak sabar untuk lihat bagaimana kualiti £100 juta yang akan beliau pamerkan selepas ini.

Andai beliau tidak kuat, Grealish akan berdepan dengan masalah kerana pengharapan dari para peminat terhadapnya terlalu tinggi.

Mampukah Grealish membantu Manchester City untuk mempertahankan kejuaraan Premier League mereka? Atau bakal memenangi gelaran Champions League pertama mereka? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SB

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN