Reaksi EA Sports Tentang Kerjasama KONAMI-Barcelona: Kami Dapat Hak Eksklusif Bayern Munich

Nampaknya, persaingan merebut lesen pasukan dan liga/pertandingan Eropah antara FIFA dan PES sedang memasuki satu tahap yang baru!

Selepas KONAMI mengumumkan hak kerjasama eksklusif bersama FC Barcelona, EA Sports membalas dengan mengumumkan kerjasama mereka dengan FC Bayern Munich pula.

bm

Namun tidak mahu kalah dengan KONAMI, EA Sports tidak berhenti setakat itu sahaja.

Terbaru EA Sports mengumumkan kerjasama eksklusif bersama liga bola sepak paling popular di dunia, Premier League pula.

Perjanjian baru ini akan menyaksikan siri permainan FIFA sebagai satu-satunya permainan video yang mempunyai hak eksklusif dengan Premier League – sekurang-kurangnya sehingga FIFA 20.

Kerjasama sejak FIFA 95

EA Sports dan Premier League sudah menjalinkan kerjasama yang kuat sejak edisi FIFA 95.

Perjanjian yang baru dipersetujui ini membolehkan EA Sports mempunyai hak lesen kesemua pasukan Premier League termasuk kesemua jersi dan stadium pasukan yang bertanding.

Selalu itu, EA Sports mendapat peluang memasarkan jenama mereka secara global.

EA Sports juga akan mendapat hak penjenamaan dalam skrin (on-screen branding) bagi siaran global untuk Premier League.

34a

Dalam masa yang sama, EA Sports akan menjadi penaja bagi anugerah pemain terbaik bulanan termasuk anugerah-anugerah pada akhir musim.

2599776.main_image

Mereka juga akan kekal menjadi penaja bagi Fantasy Premier League (FPL) dan juga penjenamaan stadium ketika pra-perlawanan.

Naib President Pemasaran Global EA Sports, Jamie McKinlay berkata perjanjian ini mengujakan pihaknya sendiri dan bakal membuat peminat siri FIFA akan teruja.

“Tahun ini amat istimewa kerana ini tahun pertama kami melancarkan mod ‘The Journey’.  Ia merupakan mod terbaru dimana mereka akan mencorak perjalanan karier pemain bernama Alex Hunter, di dalam dan luar padang.”

fifa17journey_04_feature

Bagi Richard Masters yang merupakan Pengarah Urusan Premier League, kerjasama ini akan membuatkan dua-dua pihak akan menjadi lebih dekat.

Hal ini kerana perjanjian ini membolehkan EA Sports bekerjasama dengan lebih banyak kelab dalam Premier League.

Lebih banyak lesen akan tiba di PES 2017

Namun begitu, pesaing kuat FIFA iaitu PES tidak menyerah kalah.

Menyedari persaingan merebut lesen pasukan dan liga semakin sengit, KONAMI memperkemas gerak kerja mereka untuk mendapatkan lesen pasukan dan liga yang dimahukan peminat.

Pertama, mereka berjaya mendapatkan hak eksklusif bersama FC Barcelona untuk PES 2017.

barca-konami-han-unido-fuerzas-1469532656135

Ia tidak berakhir di situ.

PES menjanjikan lebih banyak kerjasama bersama akan diberitahu kepada umum dan ia akan diumumkan pada ekspo permainan video Gamescom tidak lama lagi.

pespro3

Dalam satu kenyataan media, KONAMI menjelaskan mereka tidak akan membazirkan terlalu banyak duit untuk mendapatkan lesen pasukan dan liga untuk siri PES.

Ini kerana mereka bimbang ia tidak akan memberikan pulangan yang dimahukan dari pihak mereka.

Sebaliknya KONAMI akan mengutamakan kerjasama eksklusif dengan kelab yang mempunyai nilai sentimental kepada negaranya dan penduduk di bandar pasukan tersebut.

Inilah adalah arah tuju baharu untuk PES.

pespro8

Bagaimanapun strategi baru ini tidak bermakna siri permainan PES akan mula mengabaikan pasukan lain yang tidak menjalankan kerjasama dengan mereka.

“Ini adalah langkah pertama untuk kami bekerjasama dengan lebih banyak pasukan selepas ini.”

KONAMI akan mengumumkan lebih banyak berita mengenai lesen pasukan dan liga pada ekspo permainan video Gamescom yang berlangsung di Cologne, Jerman.

“Ini bukan yang terakhir. Akan ada lagi berita sebegini diumumkan di Gamescom.”

Baca juga: FIFA 17 Tampil Sangat Berbeza, Bakal Dilengkapi Dengan Mod Jalan Cerita ‘The Journey’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN