Razman Roslan Optimis Melaka United Mampu Memenangi Kejuaraan

Selepas Shukor Adan meninggalkan pasukan dan mengikat kontrak bersama pasukan Kuala Lumpur, tanggungjawab untuk mengemudi barisan pertahanan Melaka United kini terletak di atas bahu seorang lagi pemain berpengalaman, Razman Roslan.

Kehilangan pemain berusia 40 tahun memerlukan skuad Sang Kancil membuat rombakan di bahagian pertahanan dan pasukan itu telah pun mendapatkan beberapa pemain pertahanan baharu seperti Curran Ferns, Khair Jones dan Aizulridzwan Razali.

Menurut laporan berita The Star, Razman yang boleh beraksi di posisi pertahanan tengah dan kanan menjelaskan, pemergian Shukor sedikit sebanyak sudah tentu memberikan kesan, tetapi beliau percaya pasukan itu mempunyai masa yang cukup untuk membina barisan pertahanan yang lebih segar.

“Shukor adalah salah satu pemain terbaik di negara ini, tetapi saya tidak rasa kami akan terlalu terkesan dengan kehilangannya. Ini kerana kami masih ada dua bulan untuk membuat persiapan sebelum Liga-M bermula pada 28 Februari.

“Kuncinya adalah untuk menampung ruang yang ditinggalkan oleh Shukur adalah kerjasama. Kami perlukan semua pemain di bahagian pertahanan untuk menyokong di antara satu sama lain.

“Kami ada beberapa pemain baharu tetapi apa yang bagus adalah mereka sudah berpengalaman bermain di Liga Super sebelum ini. Jadi hanya perlu fokus untuk tingakatkan persefahaman pasukan.

Bekas pemain Selangor itu kini merupakan pemain yang paling berpengalaman di Melaka United. Beliau pernah beraksi bersama beberepa pasukan Liga Super dan telah menang semua kejuaraan domestik.

Tambah Razman lagi, dengan Zainal Abidin Hassan telah dikekalkan sebagai ketua jurulatih untuk musim kedua, beliau percaya ianya satu kelebihan buat pasukan itu untuk mencapai kejayaan pada musim baharu nanti.

“Pemain seperti Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat, Norazlan Razali mempunyai pengalaman memenangi trofi kejuaraan dan kami masih dahagakan kejayaan. Jadi kami mahu menjulang kejuaraan bersama Melaka.

“Pihak pengurusan Melaka United telah meyakinkan kami bahawa untuk musim 2020 bajet pasukan sudah terjamin. Jadi musim baru ini, semua pemain hanya perlu fokus pada prestasi dan persembahan mereka kerana segala isu di luar padang pihak MUSA [Persatuan Bola Sepak Melaka United] sedang selesaikan.

“Saya percaya kami mempunyai kualiti yang boleh mencabar pasukan handalan lain seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Kedah dan Terengganu.”

Kredit Foto: MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN