MFL Kurangkan Denda 10 Pasukan Liga Malaysia Lewat Pendaftaran

Sepuluh pasukan yang dikenakan denda sehingga RM1.5 juta sebelum ini kerana gagal melengkapkan pendaftaran masing-masing menjelang tarikh yang ditetapkan boleh menarik nafas lega setelah menerima pengurangan denda daripada badan pentadbir bola sepak negara, yang kini dikenali sebagai Malaysia Football League (MFL).

Daripada sepuluh pasukan tersebut, empat daripadanya adalah pasukan yang bertanding di kancah saingan unifi Liga Super Malaysia, manakala enam pasukan yang lain adalah daripada saingan 100Plus Liga Premier Malaysia.

Jumlah Denda yang dikenakan oleh FMLLP.

Empat pasukan Liga Super yang sebelum ini turut terpalit dengan kelewatan penghantaran dokumen pendaftaran untuk saingan Liga Malaysia 2018 ialah PKNS FC, Selangor FA, Kuala Lumpur FA dan juga Kelantan FA.

Enam pasukan daripada saingan Liga Premier ialah Sarawak FA, Pulau Pinang FA, MISC-MIFA, PDRM FA, UKM FC dan Kuantan FA.

Empat pasukan Liga Super tersebut yang sebelum ini telah didenda masing-masing sebanyak RM1.5 juta kini hanya perlu membayar satu pertiga daripada jumlah tersebut, iaitu RM500,000.

Manakala enam pasukan lain dari Liga Premier yang didenda RM500,000 sebelum ini perlu membayar denda sebanyak RM200,000.

Bagaimanapun hukuman sekatan perpindahan bagi pasukan yang gagal melengkapkan dokumen dan hukuman tertangguh pemotongan mata yang turut dikenakan atas kesalahan yang sama masih dikekalkan.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam sebentar tadi melalui satu kenyataan bertulis yang disiarkan melalui laman media sosial Facebook milik badan pentadbir bola sepak negara itu.

Kevin turut mengesahkan pengurangan denda tersebut adalah hasil keputusan Lembaga Pengarah mengenai rayuan yang dihantar serta dibuat serta di atas nasihat DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Pengerusi MFL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN