Ravel Morrison Dedah Pengalaman Pahit Telefon Hancur Dihempas Rooney

Ravel Morrison Wayne Rooney Manchester United

Bekas pemain akademi Manchester United, Ravel Morrison menceritakan ‘pengalaman pahit’ telefon bimbitnya berkecai selepas dihempas Wayne Rooney di kompleks latihan.

Morrison dengan berseloroh mengatakan beliau percaya kejadian tersebut berpunca daripada Rio Ferdinand dan kapten pasukan Gary Neville yang sengaja mahu menguji tahap kesabaran Rooney.

Kejadian pada tahun 2011 itu berlaku semasa beliau beraksi untuk skuad bawah 18 tahun (B-18) dalam satu perlawanan Piala FA Belia dan beliau telah menyerahkan telefonnya kepada Ferdinand untuk dicas.

“90 minit kemudian, telefon itu telah berkecai dihempas Wayne Rooney. Itu semua salah Rio kerana saya tidak boleh masuk ke dalam untuk mengambil telefon tersebut. Saya pasti Gary Neville juga terlibat!” ciapnya di Twitter.

Rooney yang kini merupakan jurulatih interim Derby County tampil dalam satu temubual bersama UTD Podcast dan mengakui beliau masih ingat peristiwa menghampas telefon Blackberry milik Morrison ketika mengambil bahagian dalam latihan pasukan.

“Dia [Morrison] datang ke bilik persalinan pasukan utama semasa dia masih pemain skuad simpanan. Telefon saya sedang dicas dan tiba-tiba saya tengok telefon saya dicabut dari pengecas dan ada telefon lain yang menggunakannya,” kata Rooney.

“Pada masa itu kita semua menggunakan Blackberry lama dan di skrin itu tertera alamat email. Mulanya saya ingat ianya milik salah seorang pemain skuad utama, tetapi bila saya tengok ianya milik pemain skuad simpanan, jadi saya terus hempas telefon tersebut!”

Bekas kapten England itu bagaimanapun mengakui beliau sedikit kecewa dengan perkembangan semasa Morrison yang gagal untuk mencapai potensi yang diharapkan walaupun pernah dicanang sebagai salah seorang bakat terbaik di akademi United.

“Dia sangat hebat semasa latihan, malangnya isu di luar padang telah merencatkan kariernya. Kami semua berharap dia akan menjadi salah seorang pemain yang akan beraksi di peringkat tertinggi.”

Menurut Rooney, beliau melihat potensi Morrison jauh lebih menyinar berbanding Paul Pogba yang kemudiannya meninggalkan United pada 2012 dan kemudian kembali dengan rekod perpindahan dunia pada 2016.

“Dia pernah melorongkan bola di celah kangkang Nemanja Vidic sebanyak tiga kali dalam tempoh seminit ketika satu sesi latihan, tetapi dia bergelut dengan gaya hidup dan persekitarannya.

“Ia agak menyedihkan kerana hari ini saya lihat Paul Pogba sudah menjadi pemain yang berjaya, begitu juga dengan Jesse Lingard. Sedangkan satu masa dahulu Ravel jauh lebih baik daripada mereka berdua ini.”

Selepas dilepaskan oleh United, Morrison telah menyertai West Ham United dan kemudian berpindah-randah ke sembilan pasukan lain dan kini bersama kelab Belanda, ADO Den Haag.

Morrison yang pernah beraksi untuk skuad England B-16, B-17, B-18 dan B-21 akhirnya telah memilih untuk mewakili Jamaica di peringkat antarabangsa dan beraksi buat kali pertama pada 14 November lalu dalam perlawanan persahabatan menentang Arad Saudi.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Manchester United:

Cemerlang Bersama Spurs, Adakah United Menyesal Buang Mourinho?

Didier Deschamps: Paul Pogba Tak Gembira Di Manchester United

Tidak Mahu Barcelona, Mauricio Pochettino Idamkan Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN