Raul Gonzalez: Wajah Kebanggaan Seluruh Peminat Real Madrid

Real Madrid tidak pernah habis jumlah pemain lagenda di dalamnya.

Jika suatu masa dahulu, mereka ada Alfredo Di Stefano. Kini mereka mungkin adalah Zinedine Zidane ataupun Cristiano Ronaldo.

Tetapi pernahkah anda mendengar nama Raul Gonzalez?

Ya benar, sebelum Cristiano Ronaldo memiliki nombor 7 di Real Madrid. Raul merupakan pemain yang menyarung nombor keramat Los Blancos ini.

Dari Atletico ke Real

Walaupun dikenali sebagai lagenda Real Madrid, Raul sebenarnya memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak di akademi Atletico Madrid yang dipanggil sebagai Infantil pada tahun 1990.

Raul berjaya memenangi kejuaraan bola sepak remaja peringkat kebangsaan bersama pasukan tersebut. Namun begitu, presiden Atletico Madrid ketika itu iaitu Jesus Gil membuat keputusan untuk menutup akademi mereka kerana ingin menjimatkan kos operasi kelab.

Raul kemudiannya menyertai akademi Real Madrid selepas 2 tahun berada di akademi Atletico Madrid. Di Real Madrid, Raul telah mencuri tumpuan dengan aksi memukau beliau.

Sedikit demi sedikit beliau memanjat ke senarai pemain utama di Real Madrid, dan pada tahun 1994, beliau akhirnya bermain untuk pasukan utama Real Madrid.

Kebanggaan Real Madrid

Raul bermula dengan Real Madrid C pada permulaan karier profesionalnya. Namun selepas menjaringkan 13 gol dalam 7 perlawanan, beliau diberikan tempat ke skuad utama oleh pengurus Jorge Valdano.

Sebaik saja menyertai skuad utama, beliau menjadi pemain termuda untuk melakukan penampilan untuk pasukan utama – 17 tahun dan 124 hari.

Di Real Madrid, beliau telah mencapai segalanya. Keampuhan beliau sebagai penyerang memang tidak boleh disangkal lagi kerana beliau mempunyai kebolehan untuk melakukan penyudah tajam dari luar atau dalam kotak penalti.

Raul juga mempunyai beberapa pemain yang menjadi pasangan yang serasi dengannya. Paling diingati adalah gandingan beliau bersama dengan Fernando Morientes dan juga Ronaldo.

Lilitan lengan kapten Real Madrid hanya diberikan kepada Raul pada 2003, ia diberikan selepas Fernandon Hierro pergi meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Al Rayyan.

Sepanjang karier beliau di Sepanyol, beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan antaranya:

  • 6 gelaran La Liga
  • 4 gelaran Supecopa de Espana
  • 3 UEFA Champions League
  • 1 UEFA Super Cup
  • 2 Piala Kelab Dunia

Walaupun memenangi segalanya bersama Real Madrid, Raul gagal memenangi sebarang gelarang Copa Del Rey bersama Real Madrid.

Raul juga seorang pemain yang ‘bersih’. Hal ini kerana beliau tidak pernah menerima sebarang kad merah sepanjang karier beliau di Sepanyol.

Raul boleh dikategorikan sebagai ‘anak emas’ Real Madrid selain Iker Casillas. Hal ini kerana, 2 pemain ini diberikan lanjutan kontrak seumur hidup oleh pengurusan kelab.

Namun begitu, lanjutan kontrak itu memerlukan kedua-dua pemain ini bermain mininum 30 perlawanan semusim untuk mendapatkan lanjutan automatik.

Juara dimana saja

Selepas 15 tahun berkhidmat, Raul mengumumkan untuk pergi dari Real Madrid selepas rakan sepasukan beliau iaitu Guti juga pergi meninggalkan kelab tersebut pada tahun 2010.

Beliau kemudiannya pergi ke Schalke 04 di Jerman dengan kontrak 2 tahun. Kehadiran beliau nyata memberikan keterujaan yang mendalam buat pengurus mereka Felix Magath dan juga seluruh peminat kelab tersebut.

“Kami sangat gembira kerana berjaya mendapatkan pemain bertaraf dunia seperti beliau.”

Raul ditakdirkan untuk menjadi juara di mana sahaja beliau bermain. Walaupun hanya beraksi selama 2 tahun di Jerman, beliau berjaya menjulang gelaran Piala Jerman dan Piala Super Jerman bersama Schalke 04.

Impak diberikan Raul cukup besar walaupun untuk tempoh yang singkat. Raul meninggalkan kelab tersebut selepas kontraknya tamat dan Schalke 04 membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan jersi nombor 7 di kelab tersebut untuk beberapa tempoh.

Tak lama selepas itu, jersi nombor 7 yang disarung Raul ‘diwarisi’ pula oleh bakat berpotensi tinggi Schalke 04 – Max Meyer.

Aura juara Raul kemudiannya dibawa ke Qatar bersama pasukan Al Sadd. Selama 2 tahun di Qatar, beliau telah berjaya membantu Al Sadd menjuarai gelaran Liga Qatar serta Piala Qatar.

Tiada siapa sangka, stesen terakhir karier beliau adalah di Amerika Syarikat bersama dengan pasukan New York Cosmos di liga divisyen 2 Amerika Syarikat.

Di sana, beliau bergandingan bersama bekas bintang Villareal iaitu Marcos Senna selama semusim.

Sekali lagi, Raul berjaya membawa aura juaranya bersama dengan New York Cosmos.

Hasilnya mereka berjaya memperoleh gelaran  juara North American Soccer League Spring Season, North American Supports’ Shield dan juga gelaran Soccer Bowl pada perlawanan terakhir dalam karier beliau.

Raul menamatkan karier beliau dengan cukup gemilang. beliau berjaya menjaringkan 275 gol dari 683 penampilan untuk 4 kelab yang beliau sertai!

Malang bersama Sepanyol

Namun apabila bercakap mengenai Sepanyol, tuah tidak memihak kepada Raul.

Karier beliau bersama pasukan Sepanyol tidaklah semegah karier beliau bersama pasukan kelab. Hal ini kerana beliau tidak pernah menang 1 pun gelaran antarabangsa bersama La Roja.

Namun begitu, rekod beliau bersama skuad Sepanyol boleh dibanggakan. Dari 102 kap antarabangsa bersama Sepanyol, Raul menjaringkan 44 gol untuk negaranya.

Raul mula memimpin negaranya sejak dari tahun 2002. Namun pad 4 tahun kemudian, Raul bermain kejohanan terakhir beliau untuk Sepanyol iaitu Piala Dunia 2006 di Jerman.

Baca juga: Ronaldo Il Fenomeno, Lagenda No. 9 Terbaik Sepanjang Zaman 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN