Ratu Tisha: “Kalau Bahaya, Tak Akan Pemain Malaysia (B-19) Boleh Swafoto?”

Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria menganggap keganasan penyokong ketika perlawanan Piala AFC B-19 di antara Indonesia dan Malaysia sebagai perkara kecil.

Beliau menganggap media sengaja mengapi-apikan cerita.

Indonesia akan menjadi hos sukan Asia dan acara bola sepak pastinya menjadi tumpuan. Beberapa wartawan mahukan penjelasan isu keganasan penyokong dengan megambil contoh insiden ketika perlawanan Indonesia B-19 dengan Malaysia B-19 tempoh hari.

Bertempat di Stadium Gelora Delta Stadium, Sidoarjo, pemain-pemain Malaysia dibaling objek dan dibantu oleh petugas keselamatan untuk keluar daripada padang dan stadium.

Tisha mahu wartawan faham akan perseteruan di antara Malaysia dan Indonesia terlebih dahulu. Bercakap di pejabat AFC, Tisha berkata:

“Kita kena faham dengan mendalam tentang kesulitan (complexity) dan sejarah perseteruan 2 pasukan ini.”

“Pemain Malaysia masih boleh berswafoto di dalam padang sementara menunggu penyokong reda. Objek yang dibaling ke dalam padang masih tidak menukar realiti (keputusan) perlawanan.”

“Kita sorot kembali pada Piala AFF 2010, pun ada tekanan yang sangat tinggi daripada penyokong, ada 70,000 di dalam stadium ketika itu.”

“Walaubagaimapun, kami tetap mampu menjaga mereka dan mengeluarkan mereka daripada stadium selepas tamat perlawanan, kerana kami prihatin dengan keselamatan pasukan Malaysia.”

“Perseteruan seperti ini telah terbina, sesuatu yang kita kena gali dan fahami lagi dan bukannya sekadar mencari siapa untuk dipersalahkan.”

“Pasukan B-19 mereka masih mampu meraikan kemenangan di dalam padang, ambil swafoto, sesuatu yang anda tak akan mampu lakukan jika dalam keadaan yang benar-benar menakutkan.”

“Saya boleh tunjukkan anda beberapa rakaman dan gambar. Insiden itu (keganasan penyokong) hanyalah 0.0001 peratus daripada perseteruan di antara Indonesia dan Malaysia.”

“Sebelum ini di Bukit Jali pun ada beberapa insiden penyokong kami (Indonesia) bergaduh dengan penyokong Malaysia. Ada sejarah di sebalik semua itu.”

“Jangan lihat semua ini sebagai perang, anggap ia khazanah. Sudah pastinya kami akan melindungi pemain dan jurulatih mereka 100% sepertimana kami lakukan selama ini dengan menempatkan polis dan tentera untuk menjaga keselamatan mereka.”

Ditanya adakah kerana tekanan melampau daripada penyokong membuatkan para pemain B-19 Indonesia gagal menewaskan Malaysia. Tisha menjawab:

“Saya tanya anda, bagaimana anda hendak mengawal tekanan orang ramai daripada perseteruan Indonesia dan Malaysia?”

“Bola sepak Indonesia berhadapan konflik dalaman dalam beberapa tahun. 7 tahun kami ada dualisme dalam bola sepak, dan kemudiannya digantung FIFA.”

“Oleh itu penyokong kami sangat dahagakan kejayaan sekarang.”

“Jadi sekarang kamu faham kenapa tekanan itu tinggi menentang Malaysia walaupun di peringkat junior? Dengan beberapa keputusan (tak memihak) ini, ia membuatkan tekanan ini semakin tegang.”

“Mungkin kami boleh mengawal pemain kami termasuk menghadkan kenyataan mereka kepada media, namun untuk mengawal 250 juta orang, itu di luar kemampuan kami.”

“Lebih baik kami fokus untuk menguatkan pasukan, sesuatu yang kami boleh kawal, berbanding cuba mengawal tekanan dari orang ramai, sesuatu yang di luar kuasa kami.”

Sebagai rekod pada 2017 Malaysia B-19 menewaskan Indonesia B-19 dengan kedudukan 4-1 dalam kelayakan Piala AFC B-19.

Pasukan Malaysia B-23 pula menumpaskan Indonesia B-23 2 kali dalam Sukan SEA dan kelayakan Piala AFC B-23.

Seminggu sebelum perlawanan B-19 itu, Malaysia B-16 menang 4-3 ke atas Indonesia B-16 dalam persahabatan.

Kami faham yang kita tak boleh kawal 250 juta manusia, namun berusahalah mengawal 70,000-100,000 orang di dalam stadium.

PSSI mahupun FAM kena ambil tindakan lebih tegas termasuk gantung kemasukan ke stadium seumur hidup kepada pesalah berdasarkan darjah kesalahan mereka.

Semua orang tahu perlawanan ini memang panas. Kami cadangkan Ratu Tisha membaca sejarah permusuhan Roma dan Napoli dalam Derbi De Sole yang menyebabkan kematian kerana provokasi melampau.

Jangan ada sampai ada nyawa melayang baru kita nak beriya mengambil langkah lebih serius. Banyak sekali perseteruan yang tegang di dunia ini, namun tetap masih mampu dikawal dengan lebih baik.

Peringatan ini juga kepada penyokong dan pengurusan kita di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN