Rating Pemain Uruguay vs Perancis, Antoine Griezmann ‘Pimpin’ Les Blues Ke Separuh Akhir

Rating

Perancis menggunakan kesempatan dua percubaan tepat yang dimiliki dengan sebaik mungkin apabila berjaya menghasilkan dua jaringan untuk menang 2-0 bertemu Uruguay.

Kemenangan yang sekaligus membawa Perancis ke separuh akhir.

Berikut adalah penilaian bagi para pemain pada perlawanan sebentar tadi:

Uruguay

Fernando Muslera – 5.0

Kesilapan mudah dilakukannya yang sekaligus memberikan jaringan kedua buat Perancis sudah pasti menjadi tumpuan utama.

Martin Caceres – 6.0 

Kerap membantu jentera serangan bagi berusaha memperoleh jaringan.

Hampir menyamakan kedudukan pada lewat aksi di babak pertama.

Jose Maria Gimenez – 6.0

Beliau berjaya mempamerkan aksi yang baik serta kental dalam bertahan. Memenangi enam daripada 16 perebutan bola di udara.

Diego Godin – 5.5

Menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki dengan baik tetapi seringkali bergelut untuk menangani serangan yang dilancarkan Perancis.

Diego Laxalt – 6.0

Bekerja keras dalam membantu jentera di bahagian sayap bagi melancarkan serangan. Kelihatan begitu bertenaga sepanjang perlawanan.

Lucas Torreira – 5.5

Berada di posisi tengah yang sedikit ke bawah. Kurang efektif dalam melakukan hantaran bagi situasi ‘set piece’.

Nahitan Nandez – 6.0

Beroperasi dengan baik sebagai penghubung bahagian tengah dengan serangan pasukan Uruguay.

Begitu bertenaga dan telah melakukan 20 hantaran tepat sepanjang aksinya selama 73 minit sebelum dikeluarkan.

Matias Vecino – 6.0

Bekerja tanpa penat lelah di jentera tengah bagi memberikan kurang berharga buat Paul Pogba bagi mengawal bola.

Memberikan ancaman di bahagian ‘final third’.

Rodrigo Bentancur – 6.0

Menunjukkan kemahiran teknikal yang hebat bagi menggerakkan bola di belakang penyerang.

Mempamerkan aksi yang baik namun dikeluarkan pada minit ke-59.

Luis Suarez – 5.0

Gagal menghasilkan sebarang percubaan ke arah gawang Perancis. Impaknya kurang memberikan makna yang besar buat pasukan.

Christian Stuani – 4.5

Sama seperti Suarez, beliau turut gagal memberikan sumbangan yang berkesan.

Dikeluarkan pada minit ke-59.

Pemain simpanan

Maxi Gomez – 5.0

Dibawa masuk bagi menggantikan Stuani untuk membantu jentera serangan, bagaimanapun tidak banyak yang dapat dilakukannya.

Christian Rodriguez – 5.0

Kontroversi yang melibatkan beliau dan Kylian Mbappe mengakibatkan kedua-duanya dilayangkan kad kuning.

Selain daripada itu, tiada perkara menarik yang dapat diperkatakan mengenai pemain ini.

Jonathan Urretaviscaya – 5.5

Berusaha untuk memecah kawalan pertahanan di bahagian sayap kanan tetapi gagal membuahkan hasil.

Perancis

Hugo Lloris – 7.0

Cemerlang bagi menepis percubaan keemasan Uruguay pada lewat babak pertama untuk mengekalkan pendahuluan buat Perancis.

Kelihatan begitu yakin pada perlawanan ini.

Benjamin Pavard – 6.5

Melakukan ancaman yang konsisten ke kubu Uruguay, namun kadangkala gagal untuk menyaingi kepantasan Laxalt.

Raphael Varane – 7.5

Mengemudi bahagian pertahanan dengan baik dan sumbangan terbesarnya sudah pasti tandukan yang membawa kepada jaringan pendahuluan buat Perancis.

Samuel Umtiti – 6.5

Kali ini Umtiti mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding beberapa kesilapan yang dilakukan pada perlawanan terdahulu.

Memberikan kesukaran buat Suarez bagi menembusi gawang Perancis.

Lucas Hernandez – 6.5

Seringkali membantu untuk melakukan ‘overlap’. Bagaimanapun kualiti hantaran terakhir yang dilakukannya kurang baik.

Berganding dengan baik bersama-sama jentera serangan Perancis.

Paul Pogba – 6.0

Prestasinya sedikit terganggu kerana tekanan yang kuat diberikan pemain tengah Uruguay.

Terselamat dari dilayangkan sebarang kad apabila beliau terlibat dalam insiden kekecohan antara Mbappe dan Rodriguez pada babak kedua.

N’Golo Kante – 7.5

Bertindak dengan baik bagi menangani barisan pemain tengah Uruguay yang begitu bertenaga.

Seperti kebiasaan, Kante ada dimana-mana ketika beliau diperlukan.

Kylian Mbappe – 6.0

Larian derasnya begitu memberikan kesukaran buat Diego Godin dan rakan-rakan di bahagian pertahanan.

Beliau terlepas peluang keemasan pada babak pertama. Dikeluarkan pada minit ke-88.

Antoine Griezmann – 7.5

Seorang lagi pemain yang sering membuatkan pertahanan lawan bekerja keras.

Berjaya menghasilkan jaringan menerusi jarak jauh pada babak kedua serta mencipta bantuan terhadap gol Varane menerusi sepakan percuma.

Dikeluarkan pada masa kecederaan.

Corentin Tolisso – 6.5

Permainan yang kurang menyerlah tetapi mendatangkan bahaya di kawasan ‘final third’. Hampir menjaringkan gol ketiga buat Perancis menerusi rembatan jarak jauh.

Membantu kepada jaringan kedua yang dihasilkan Griezmann. Dikeluarkan pada minit ke-61.

Olivier Giroud – 5.0

Selain dari kelebihan fizikal yang dimiliki untuk mengancam pertahanan Uruguay, beliau kurang memberikan kesan yang lebih mengancam.

Pemain simpanan

Stephen Nzonzi – 5.5

Dibawa masuk untuk mengukuhkan barisan tengah dan ternyata beliau menjalankan tugas dengan baik.

Ousmane Dembele – 5.5

Hanya dimasukkan pada minit ke-88. Namun masih berjaya memberikan sedikit ancaman buat Uruguay.

Nabil Fekir – 5.0

Hanya dimasukkan pada minit ke-93. Tiada rating buat beliau.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN