Rating Pemain Uruguay vs. Arab Saudi, Otayf Mencuri Perhatian, Cavani Lesu

Uruguay menang 1-0 dalam perlawanan menentang Arab Saudi hasil jaringan minit ke-23 Luis Suarez. Ini adalah rating pemain yang kami berikan.

Uruguay

Fernando Muslera – 6

Tiada banyak aksi malam ini kerana Arab Saudi tidak banyak melakukan ancaman. Namun beliau sangat vokal.

Guillermo Varela – 6

Secara pertahanan beliau tidak begitu baik, namun ketika menyerang, beliau cepat menjana gerakan naik ke atas.

Jose Gimenez – 7

Bermain sangat kental di bek tengah bersama Godin. Melakukan 2 bentesan dan 2 pintasan.

Godin – 7.5

Kepimpinan beliau sangat tinggi dan kekal fokus dalam perlawanan yang mereka boleh dikejutkan jika terlena. Sukar untuk penyerang Arab Saudi mengatasi beliau.

Martin Caceres – 7

Melakukan beberapa larian yang deras ke kawasan serangan. Melakukan 87 hantaran dengan 81% ketepatan.

Carlos Sanchez – 5.5

Cuba melepasi garisan pertahan Arab Saudi berkali kali namun gagal memberikan lebih impak. Beliau tetap sangat rajin bertahan

Matias Vecino – 5.5

Boleh dikatakan lemas pada separuh masa pertama dan hilang cengkaman di tengah kepada pemain tengah Arab Saudi.

Betancur – 6.5

Bergelut di tengah kerana aksi kurang meyakinkan Vecino. Beliau tetap berjaya melakukan beberapa aksi defesif yang penting.

Christian Rodriguez – 5.5

Pemain yang banyak melakukan hantaran gagal dalam perlawanan ini. Hanya 55% hantaran tepat, hilang bola 2 kali dan cuma melakukan 1 hantaran kunci.

Luis Suarez – 7

Selain daripada gol, Suarez tidak beraksi dalam prestasi terbaik. Jelas sekali beliau dan Cavani tidak mendapat servis yang baik daripada pemain tengah terutama sekali daripada flanker. 

Gagal melakukan sebarang gelecekan berjaya dan hanya melakukan 3 percubaan. Tetapi efektif menjaringkan 1 gol.

Cavani – 6.5

Beliau bergelut untuk mendapatkan bola kerana kurang servis. Cavani banyak turun untuk mengutip bola dan menggerakkannya ke hadapan.

Pemain gantian

Lucas Torreira – 6.5 

Jauh lebih baik daripada Vecino. Memperbaiki aspek penguasaan bola Uruguay di tengah.

Diego Laxalt – 5

Gagal memperbaiki aspek hantaran kepada penyerang.

Nandez – N/A

Arab Saudi

Mohammed Al-Owais – 5

Uruguay hanya ada 3 percubaan tepat, dan salah satu daripadanya gagal diselamatkan beliau kerana gugup.

Mohammed Al-Breik – 6

Berhubung baik dengan pemain sayap ketika serangan. Beliau juga sangat rajin

Osama Hawsawi – 6

Pertahanan kental ini tidak bermain dalam prestasi terbaik beliau terutama sekali dalam situasi bola mati. Namun tetapi melakukan beberapa aksi defensif penting.

Ali Albulayhi – 7

Lupakan Osama Hawasawi seketika, kerana inilah pertahan terbaik Arab Saudi malam ini. Menyukarkan link up Suarez dan Cavani. Sangat tegas dalam bertahan. Melakukan 5 clearances dan menghadang 2 percubaan lawan.

Yasser Al-Shahrani – 5

Pemain yang paling rapuh di pertahanan berempat pasukan Arab Saudi serta gopoh.

Taiseer Al Jassam – 6

Seperti perlawanan pertama, beliau berani untuk bersaing di tengah. Sayangnya terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Abdullah Otayf – 7.5

Pada pandangan kami, pemain terbaik hari ini bermain di pasukan yang kalah iaitu Abdullah Otayf.

Hari ini beliau kompetitif di tengah. Membuatkan Uruguay tiada dominasi di tengah. Melakukan 83 hantaran dengan 91% ketepatan.

Hattan Bahebri – 6

Beliau sangat baik ketika tanpa bola ataupun dengan bola. Tetapi masalah utama beliau apabila tiba di final third terus kelu.

Salman Al-Faraj – 6

Sindrom yang sama dengan Hattan Bahebri. Beliau bermain baik namun dihampakan dengan tindakan akhir di kawasan serangan.

Salem Al-Dawsari – 7

Pemain tengah yang sangat rajin. Berhubung baik dengan pemain di semua kawasan. Beliau melakukan 5 gelecekan berjaya hari ini, Luis Suarez dan Cavani secara terkumpul melakukan hanya 3 gelecekan berjaya.

Fahad Al-Muwallad – 6

Tidak ada servis yang berkualiti kepada beliau. Secara taktikal, beliau banyak bergerak dengan baik dalam keadaan tanpa bola.

Pemain gantian:

Hussain Al Moqahwi – 6

Masuk awal menggantikan pemain yang cedera. Beliau bermain baik dengan beberapa hantaran berkualiti.

Mohamed Kanno – 5.5

Kualiti hantaran agak mengecewakan dan gagal memperbaiki ‘connection’ pemain sayap dengan penyerang. Hanya 66% hantaran tepat.

Mohammed Al Sahlawi – 5.5 

Gagal untuk memenangi kesemua 3 duels beliau terlibat. Tidak melakukan sebarang percubaan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN