Rating Pemain Switzerland vs Costa Rica, Breel Embolo & Joel Campbell Menyinar Di Nizhny Novgorod

Rating

Switzerland diberikan cabaran sukar selepas diikat Costa Rica 2-2 pada perlawanan yang berlangsung di Nizhny Novgorod Stadium sebentar tadi.

Berikut adalah rating para pemain pada perlawanan ini.

Switzerland

Yann Sommer – 7.0 

Bertindak cemerlang terutamanya pada babak pertama selepas menyelamatkan empat percubaan terbaik Costa Rica.

Separuh masa kedua juga turut memperlihatkan ketangkasannya namun dibolosi menerusi situasi sepakan sudut dan penalti.

Stephan Lichtsteiner – 7.5

Berjaya melakukan hantaran lintang menarik yang merupakan gerakan memberikan gol pendahuluan buat Switzerland.

Begitu kental di pertahanan kanan sehingga membuatkan pemain Costa Rica menghadapi kesukaran untuk melepasi beliau.

Fabian Schar – 6.0

Berjaya mengemudi bahagian pertahanan dengan baik. Melakukan tiga ‘clearances’ dan tiga ‘interceptions’.

Manuel Akanji – 6.5

Pemain pertahanan berusia 22 tahun ini mempamerkan kematangan dengan aksi yang kental di pertahanan tengah.

Berjaya memenangi lima daripada sembilan perebutan bola di udara.

Ricardo Rodriguez – 6.0

Beliau kelihatan lebih baik ketika membantu bahagian serangan di sebelah sayap tetapi agak bergelut sewaktu bertahan.

Granit Xhaka – 7.0

Menjadi penyambung di bahagian tengah antara jentera pertahanan dan serangan.

Berusaha untuk menggagalkan serangan yang dilancarkan Costa Rica.

Valon Behrami – 6.0

Mempamerkan aksi yang baik di posisi tengah bertahan. Berjaya melakukan 49 hantaran tepat sehingga minit ke-60 selepas digantikan dengan Denis Zakaria.

Xherdan Shaqiri – 7.0

Menjadi arkitek dalam merancang serangan buat Switzerland. Sentiasa menjadi ancaman buat Costa Rica ketika beliau mengawal bola.

Shaqiri berjaya melakukan tiga ‘key passes’ dan kemudiannya dikeluarkan pada minit ke-81.

Blerim Dzemaili – 7.0

Meletakkan nama beliau sebagai penjaring gol pembukaan pada minit ke-31. Berada di tempat yang betul pada masa yang tepat untuk melepaskan rembatan.

Keadaan yang sama seperti gol pertama menjelma, tetapi percubaan keduanya dihalang pertahanan Costa Rica.

Breel Embolo – 7.5

Mencipta bantuan jaringan dengan melakukan tandukan buat Dzemaili.

Mempunyai beberapa peluang pada babak kedua untuk mengkucar-kacirkan jentera pertahanan Costa Rica.

Mario Gavranovic – 5.0

Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh penyerang ini memaksa beliau dikeluarkan pada minit ke-68.

Pemain simpanan

Denis Zakaria – 5.5

Masuk menggantikan Valon Behrami pada minit ke-60.

Memberikan sedikit sumbangan apabila mencipta bantuan kepada jaringan kedua yang dihasilkan Josip Drmic.

Bagaimanapun, kesilapan dilakukannya memberikan sepakan penalti buat Costa Rica.

Josip Drmic – 7.0

Beraksi selama 22 minit sudah cukup buat Drmic untuk memberikan sumbangan berkesan apabila mencipta jaringan kedua.

Micheal Lang – N/A

Hanya dimasukkan lima minit (tidak termasuk masa kecederaan). Tiada rating buat Lang.

Costa Rica

Keylor Navas – 6.0

Tidak banyak dapat dilakukannya apabila Switzerland gagal menghadirkan serangan yang begitu berbahaya.

Hanya satu percubaan tepat yang dihasilkan lawan berjaya dinafikan Navas. Dua lagi percubaan menghasilkan jaringan.

Kendall Watson – 7.0

Jaringan yang dihasilkannya memberikan gol pertama buat Costa Rica dalam saingan Piala Dunia kali ini.

Giancarlo Gonzalez – 6.0

Menghadapi permulaan yang sedikit sukar. Berjaya melakukan sembilan ‘clearances’ dan berupaya menghalang tiga percubaan yang dicipta pemain Switzerland.

Johnny Acosta – 7.0

Bertindak cemerlang menjalankan tugas ketika bertahan dan berfungsi dengan baik sebagai pemain bek sayap.

Bryan Oviedo – 7.0

Kelihatan begitu bergelut untuk bersaing dengan Shaqiri. Membentuk asakan dengan baik dan menjadi pemain yang memberikan kesan pada permainan Costa Rica.

David Guzman – 7.0

Bertindak sebagai pemain yang agresif bagi mengganggu penguasaan bola yang dicipta Switzerland.

Memberikan hantaran yang baik dengan melakukan 29 hantaran tepat sepanjang 90 minit perlawanan.

Celso Borges – 6.5

Mencipta beberapa sentuhan yang baik serta melakukan dua percubaan tepat ke arah pintu gol Costa Rica.

Christian Gamboa – 6.5

Mempamerkan aksi yang baik di sebelah kanan dan memberikan masalah buat Switzerland dari semasa ke semasa.

Bryan Ruiz – 5.0

Kurang memberikan sumbangan yang berkesan pada perlawanan ini.

Terlepas peluang keemasan selepas sepakan penalti yang diambil terkena palang gol, mujur bola membias terkena Yann Sommer untuk gol penyamaan.

Joel Campbell – 7.5

Bermula dengan baik dengan memberikan masalah buat Switzerland di sebelah kiri dan kanan.

Berjaya mencipta bantuan gol yang dijaringkan Watson.

Beliau dijatuhkan pada masa kecederaan untuk memberikan sepakan penalti buat Costa Rica.

Daniel Colindres – 6.0

Percubaan yang dilakukannya hampir memberikan jaringan, namun dinafikan selepas terkena tiang gol. Dikeluarkan pada minit ke-81.

Pemain simpanan

Rodney Wallace – 5.0

Masuk bagi menggantikan Daniel Colindres dan hanya sempat beraksi selama 9 minit (tidak termasuk masa kecederaan). Masa yang terhad menyukarkannya untuk memberikan sumbangan yang berkesan.

Randall Azofeifa – N/A

Hanya dimasukkan pada masa kecederaan. Tiada rating yang dapat diberikan.

Ian Smith – N/A

Hanya dimasukkan pada masa kecederaan. Tiada rating yang dapat diberikan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN