Rating Pemain Sweden VS England, Lingard & Maguire Cemerlang, Forsberg Kehilangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Football is coming home’. Itulah lagu yang menjadi siulan penyokong-penyokong England pada ketika ini.

Sekurang-kurangnya mereka boleh mulai melaungkan keyakinan selepas menyaksikan skuad The Three Lions menewaskan Sweden 2-0 di peringkat suku akhir.

Berikut adalah rating pemain bagi kedua-dua pasukan.

Sweden (4-4-2):

(Photo by MANAN VATSYAYANA / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read MANAN VATSYAYANA/AFP/Getty Images)

1 Robin Olsen-5.5
1 percubaan diselamatkan dalam perlawanan ini. Olsen tidak dibantu oleh pemain pertahanan untuk gol Alli.

4 Andreas Granqvist-7.0
Satu-satuya persembahan positif dari Sweden. 13 clearance namun tidak banyak boleh dilakukan untuk menyekat England.

3 Victor Lindelöf-6.0
5 clearances dan 1 tackle sebenarnya adalah prestasi yang mengecewakan dari Lindelof.

6 Ludwig Augustinsson-5.5
Tidak banyak boleh dikatakan. Hanya 3 clearance direkodkan dari bek kiri ini. Tidak efektif membantu serangan.

16 Emil Krafth-6.0
Tidak banyak yang boleh diperkatakan. Hanya 2 gelecekan, dan 2 clerance dihasilkan.

8 Albin Ekdal-6.5
Pemain tengah ini lebih kerap membantu bahagian pertahanan. 3 tackle, dan 5 clerance direkodkan.

17 Viktor Claesson-6.0
1 percubaan tepat dihasilkan Claesson hampir membuahkan hasil. Tidak ada perkara lain yang boleh diperkatakan.

10 Emil Forsberg-5.0
Pemain paling mengecewakan dari Sweden. Hanya dua gelecekan dihasilkan sebelum diganti.

7 Sebastian Larsson-5.5
Ianya turut prestasu yang mengecewakan dari pemain pengalaman ini. Selain daripada 2 tackle, tiada perkara lain boleh diperkatakan. Mendapat layangan kad kuning di minit akhir perlawanan.

9 Marcus Berg-6.0
Gagal memanfaatkan peluang yang dimiliki. Berbahaya ketika set-pieces dan melalui hantaran bola tinggi.

20 Ola Toivonen-5.5
Tiada sebarang percubaan, pemain ini turut mengecewakan dalam perlawanan ini.

ENGLAND (3-5-2):

(Photo by Tim Goode/PA Images via Getty Images)

1 Jordan Pickford-7.0
3 percubaan berbahaya Sweden diselamatkan. Menunjukkan penguasaan di dalam kotak penalti England.

5 John Stones-7.5
5 clearance, 2 tackle dan 85% hantaran tepat adalah mengapa Stones adalah ball-playing defender terbaik England.

6 Harry Maguire-8.5
7 clearance membuktikan Maguire menjalankan tugas dengan baik sebagai sweeper dalam perlawanan ini. Jaringan beliau turut menambahkan keyakinan kepada England.

2 Kyle Walker-7.5
73 hantaran dilakukan oleh Walker bermakna beliau menjalankan tugas taktikal oleh Southgate dengan cemerlang.

8 Jordan Henderson-7.0
Beraksi sebagai pemain tengah bertahan, Henderson menghasilkan tiga pintasan penting.

20 Dele Alli-7.5
1 hantaran kunci, dan 2 hantaran lintang sebenarnya persembahan Alli adalah sederhana sehinggalah menjaringkan gol kedua England.

7 Jesse Lingard-8.0
93% hantaran tepat, adalah rekod tertinggi buat England dalam perlawanan ini. Bijak mencari ruang di half space untuk bantuan gol buat Alli.

18 Ashley Young-7.5
5 hantaran lintang, Young adalah pemain kedua tertinggi selepas Lingard dengan hantaran tepat dalam perlawanan ini.

12 Kieran Trippier-7.0
Sentiasa menjadi ancaman dari sebelah kanan, Trippier menghasilkan 10 hantaran lintang dalam perlawanan ini.

9 Harry Kane-7.5
Kane mungkin dianggap senyap dalam perlawanan ini, namun berjaya menjalankan tugas taktikal Southgate untuk menarik perhatian pertahanan lawan.

10 Raheem Sterling-7.0
Sentiasa mengancam dengan larian deras, namun sering dikecewakan oleh penyudah.

England’s defender Harry Maguire (C) celebrates with England’s defender John Stones (L) and England’s forward Harry Kane after scoring the opener during the Russia 2018 World Cup quarter-final football match between Sweden and England at the Samara Arena in Samara on July 7, 2018. (Photo by Fabrice COFFRINI / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Pemain terbaik pilihan kami ialah, Harry Maguire. Cemerlang di bahagian pertahanan, Maguire turut memastikan England selesa dengan gol pendahuluan.