Rating Pemain Rusia vs Mesir, Denis Cheryshev Terus Pamer Aksi Positif

Rating

Rusia berjaya menumpaskan Mesir dengan keputusan 3-1 untuk mengekalkan rekod bersih selepas dua perlawanan.

Rusia

Igor Akinfeev – 6.0

Langsung tidak diuji dengan serangan tepat dari para pemain Mesir selain daripada gol sepakan penalti dari Mohamed Salah.

Mario Fernandes – 7.0

Seorang pemain pertahanan yang kanan yang gemar melakukan ‘overlap’ bagi membantu jentera serangan dalam melancarkan asakan.

Berjaya melakukan satu ‘block’ terhadap rembatan dari jarak dekat dalam kotak penalti yang cuba diledakkan Mohamed Salah.

Turut mencipta satu bantuan jaringan terhadap gol kedua yang dihasilkan Denis Cheryshev.

Ilya Kutepov – 7.0

Tenang mengemudi jentera pertahanan tengah bersama-sama Sergei Ignashevich.

Mencipta bantuan jaringan terhadap gol ketiga ketiga yang dijaringkan Artem Dzyuba menerusi satu sepakan percuma dari jarak jauh.

Sergei Ignashevich – 6.5

Pengalaman jelas mengatasi segalanya. Bijak membaca gerakan jentera serangan Mesir.

Melakukan satu percubaan tepat pada awal permainan menerusi tandukan.

Kerap membantu jentera serangan ketika situasi bola mati.

Yury Zhirkov – 6.5

Sering melakukan ‘overlap’ bagi membantu bahagian sayap mencipta gerakan.

Dikeluarkan pada minit ke-86.

Roman Zobnin – 7.0

Percubaan daripada beliau terkena Ahmed Fathi yang menerjah gawang gol Mesir untuk jaringan pembukaan buat Rusia.

Berjaya melakukan 37 hantaran tepat sepanjang perlawanan.

Kekasaran dilakukannya terhadap Mohamed Salah dalam kotak penalti telah memberikan sepakan penalti buat Mesir.

Yuri Gazinskiy – 6.5

Berjaya mengemudi jentera tengah dengan baik serta mencipta 38 hantaran tepat.

Beliau juga turut berjaya memenangi 8 daripada 13 perebutan di udara.

Aleksandr Samedov – 6.5

Mencipta 3 ‘key passes’ dalam memberikan ruang buat rakan sepasukannya.

Melakukan 10 hantaran lintang bagi mencari Artem Dzyuba.

Aleksandr Golovin – 6.5

Aksi yang ditampilkan tidak seperti perlawanan pertama ketika bertemu Arab Saudi.

Hanya satu percubaan berjaya dicipta sepanjang perlawanan yang sekadar merupakan percubaan tersasar.

Denis Cheryshev – 7.5

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Cheryshev merupakan pemain terbaik perlawanan ini.

Satu jaringan berjaya dihasilkan selepas menerima hantaran dari Mario Fernandes.

Kerap melakukan larian deras bagi mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Mesir dan sering membekalkan hantaran lintang buat Dzyuba.

Dikeluarkan pada minit ke-74.

Aryem Dzyuba – 7.0

Seorang ‘target man’ yang mempunyai kawalan bola yang menarik.

Dengan fizikal yang sedikit sasa berbanding pemain lain, Dzyuba menjadi sasaran rakan sepasukan untuk memburu jaringan.

Berjaya menjaringkan gol ketiga dan dikeluarkan pada minit ke-79.

Pemain simpanan

Daler Kuzyaez – 5.5

Hanya sempat berada diatas padang selama 16 minit (tidak termasuk masa tambahan).

Sempat melakukan 13 hantaran tepat dan memenangi satu perebutan di udara.

Fedor Smolov – 5.5

Beraksi selama 11 minit tidak banyak yang dapat disumbangkan oleh beliau. Malah turut dilayangkan kad kuning akibat kekasaran dilakukannya.

Fedor Kudryashov – N/A

Hanya beraksi selama 4 minit. Tiada rating dapat diberikan.

Mesir

Mohamed El-Shenawy – 5.5

Mempamerkan aksi meyakinkan terutamanya pada babak pertama apabila tangkas mematahkan hantaran lintang lawan.

Segalanya berubah pada babak kedua apabila dibolosi tiga gol.

Ahmed Fathi – 5.5

Kerapkali membantu rakan di bahagian sayap dan beberapa kali  melakukan hantaran yang berkualiti.

Bekerja keras dalam menghadapi ancaman dari Denis Cheryshev dan Aleksandr Golovin.

Tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada awal babak kedua.

Ali Gabr – 6.0

Bertindak cemerlang dalam mematahkan asakan terutamanya menerusi hantaran lintang.

Namun, gagal mengawal Artem Dzyuba sehingga melepaskan gol ketiga.

Ahmed Hegazy – 6.5

Berupaya melakukan 10 ‘clearances’ dan 6 ‘interceptions’ serta 32 hantaran tepat sepanjang perlawanan.

Mohamed Abd El-Shafy – 6.0

Berperanan seperti Fathi, El-Shafy turut kerapkali membantu rakan di bahagian sayap.

Keadaan itu menyebabkan beliau telah melakukan 45 hantaran tepat buat rakan sepasukan.

Mohamed Elneny – 5.5

Dua kali gagal mengawal bola dengan baik yang membahayakan pasukan pada 10 minit awal.

Kurang efektif dalam menyaingi jentera tengah Rusia dan dikeluarkan pada minit ke-64.

Tarek Hamed – 6.0

Pemain tengah dengan hantaran tepat yang baik apabila mencatatkan 46 hantaran.

Melakukan 3 terjahan dan 6 ‘interceptions’ pada perlawanan ini.

Mohamed Salah – 6.5

Tidak banyak yang dapat dibuktikan bintang Mesir ini.

Bagaimanapun apabila mendapat bola, beliau berupaya mengkucar-kacirkan pemain Rusia.

Berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

Abdallah El-Said – 6.5

Antara pemain yang mencatatkan hantaran tepat yang tinggi dengan 58 hantaran.

Turut mencipta 3 ‘key passes’ serta melakukan beberapa hantaran jauh yang baik.

Mahmoud Trezeguet – 5.5

Dua percubaan terbaik dimiliki tetapi gagal disudahkan dengan baik untuk sekadar meledakkan percubaan tersasar.

Dikeluarkan pada minit ke-68.

Marwan Mohsen – 5.5

Kurang berkesan sumbangannya di bahagian serangan. Hanya membuat satu percubaan tersasar manakala satu lagi ledakan yang dihalang.

Dikeluarkan pada minit ke-82.

Pemain simpanan

Amr Warda – 5.5

Beraksi selama 26 minit. Kemasukannya memberikan sedikit nafas buat Mesir.

Ramadan Sobhi – 5.5

Beraksi selama 22 minit. Kehadirannya tidak mampu untuk memberikan sumbangan yang diharapkan.

9 hantara tepat berjaya dilakukannya.

Kahraba – N/A

Hanya beraksi selama 8 minit. Tiada rating dapat diberikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN