Rating Pemain Portugal VS Maghribi, Hakim Ziyech Beraksi Cemerlang Walaupun Tewas

Portugal berjaya menyingkirkan Maghribi namun perlawanan malam ini bukanlah satu perlawanan yang baik buat mereka.

Portugal

Rui Patricio – 7.5

Beraksi cemerlang pada malam ini, menghasilkan beberapa tepisan penting yang membuatkan Portugal tidak bolos pada perlawanan malam ini.

Cedric Soares – 7

Beraksi cemerlang di bahagian pertahanan, namun sedikit tumpul ketika membantu Portugal melakukan serangan.

Pepe – 7

Melakukan satu halangan penting yang menafikan Hakim Ziyech di penghujung permainan. Terlibat dalam satu insiden panas – tipikal Pepe.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 20: Mehdi Benatia of Morocco shoots past Pepe, Jose Fonte, and William of Portugal during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Morocco at Luzhniki Stadium on June 20, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Jose Fonte – 7

Beraksi dengan baik bersama-sama Pepe di bahagian pertahanan Portugal.

Raphaël Guerreiro – 6.5

Mempunyai masalah ketika berhadapan dengan Nordin Amrabat terutamanya di separuh masa pertama. Lebih tenang di separuh masa kedua.

Bernando Silva – 7

Memenangi 7 daripada 10 duel beliau bersama pemain lawan. Digantikan pada minit ke-59.

William Carvalho – 7

Cukup baik bermain di bahagian tengah. Namun terlibat dengan beberapa siri kekasaran.

Joao Moutinho – 7.5

Bertanggungjawab memberikan bantuan gol kepada Portugal hari ini. Bertindak cemerlang di bahagian tengah.

Digantikan pada minit ke-88.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 20: Joao Moutinho of Portugal controls the ball under pressure of Nabil Dirar of Morocco during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Morocco at Luzhniki Stadium on June 20, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Joao Mario – 6.5 

Tidak berkesan ketika beraksi pada malam ini. Kerap melakukan kekasaran.

Digantikan pada minit ke-70.

Cristiano Ronaldo – 8

Menjaringkan gol tunggal perlawanan. Aktif terlibat dalam pelbagai siri serangan Portugal.

Goncalo Guedes – 7

Bermain main di posisi beliau, tidak begitu cemerlang secara keseluruhannya.

Pemain gantian

Bruno Fernandes – 6.5

Menggantikan Joao Mario yang tidak efektif. Malangnya, beliau juga tidak efektif.

Gelson Martins – 7

Melakukan hantaran tepat dalam majoriti hantaran beliau (88%)

Adrien Silva – 5

Sepatutnya tidak layak menerima rating kerana beraksi kurang dari 10 minit, namun kerana beliau menerima kad kuning penulis memberikan markah rendah kepada beliau.

Maghribi

Munir Mohand Mohamedi – 6

Tidak banyak diuji namun apabila diuji beliau gagal menghadapi ujian itu.

Nabil Dirar – 6.5

Aktif dalam membantu pasukan melakukan serangan, mempunyai keserasian yang baik dengan Amrabat.

Mehdi Benatia – 6

Menjalankan tugas bertahan dengan baik. Turut memperoleh 2 peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Beliau juga mengutip kad kuning.

during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Morocco at Luzhniki Stadium on June 20, 2018 in Moscow, Russia.

Manuel Da Costa – 7

Pemain terbaik Maghribi di bahagian pertahanan malam ini. Melakukan beberapa pintasan penting selain cemerlang dalam majoriti duel beliau.

Achraf Hakimi – 6

Tidak begitu cemerlang beraksi pada hari ini. Sederhana sahaja persembahan beliau.

Mbark Boussoufa – 6

Hantaran jauh beliau cukup baik pada hari ini dengan 5 daripada 7 hantaran jauh beliau berjaya disempurnakan.

Karim El Ahmadi – 6

Tidak beraksi baik di bahagian tengah. Tidak berjaya dalam majoriti duel beliau dan banyak melakukan kekasaran. Digantikan pada minit ke-86.

Nordin Amrabat – 6.5

Aktif membantu serangan Maghribi dan mengucar kacirkan pertahanan Portugal. Sedikit tumpul di separuh masa kedua.

Hakim Ziyech – 7.5

Pemain Maghribi secara keseluruhan pada malam ini. Mencipta banyak peluang untuk rakan sepasukan beliau.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 20: Hakim Ziyach of Morocco is challenged by Cedric of Portugal during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Morocco at Luzhniki Stadium on June 20, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Maddie Meyer/Getty Images)

Younes Belhanda – 6

Mempunyai beberapa peluang namun gagal disudahkan oleh beliau. Digantikan pada minit ke-75

Khalid Boutaib – 6

Gagal menyempurnakan semua peluang yang beliau miliki. Digantikan pada minit ke-69.

Pemain gantian 

Mehdi Carcela-Gonzalez – 6

Beraksi sederhana di bahagian tengah apabila dimasukkan.

Ayoub El Kaabi – 6

Gagal memberikan impak yang diberikan iaitu menjaringkan gol penyamaan yang dicari-cari.

Fayçal Fajr – N/A

Hanya beraksi sekitar 5 minit sahaja jadi tiada rating untuk beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN