Rating Pemain Portugal vs Iran, Quaresma Genius, Ghoddos Sekadar Melancong

Portugal dan Iran seri 1-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan B.

Portugal

Rui Patricio – 6

Tidak banyak diuji dalam perlawanan ini.

Cedric Soares – 6.5

Beliau beraksi baik dengan melakukan beberapa ‘late run’ di zon serangan. Agak kejam kerana melepaskan penalti selepas tinjauan VAR sedangkan beliau tidak melakukannya secara ‘deliberate’.

Jose Fonte – 7

Stabil di barisan pertahanan dan sukar untuk dilepasi pemain-pemain Iran.

Pepe – 7

Melakukan satu pintasan penting untuk mengelakkan pasukannya dibolosi.

Raphael Guerreiro – 6

Beliau lebih defensif berbanding dengan Cedric Soares. Berhubung baik dengan Quaresma.

Ricardo Quaresma – 7.5

Beliau melakukan ‘masterpiece’ untuk meletakkan pasukannya di hadapan dalam keadaan mereka sukar memecah masuk ke dalam kotak penalti lawan.

Kerana perlawanan ini sangat sukar untuk pemain beraksi cemerlang, kami memilih Quaresma pemain terbaik perlawanan kerana gol luar biasa beliau membuatkan Portugal masih kekal bersaing.

William Carvalho – 7.5

Efektif membantu pertahanan dengan fizikal dan kerajinan beliau. Beberapa serangan balas Iran dimatikan oleh beliau.

Adrien Silva – 7

Bermain baik di tengah dan cuba 100 hantaran tepat dalam perlawanan ini.

Joao Mario – 6

Tidak banyak melakukan servis kepada penyerang pada hari ini. Kerapkali berada di tengah walaupun diarahkan bermain sayap.

Cristiano Ronaldo – 6.5

Tidak bermain dalam prestasi terbaik beliau tetapi tetap melakukan gerakan bahaya dan hantaran kunci.

Dikawal agresif oleh pemain Iran. Beliau juga gagal menyempurnakan sepakan penalti. Beliau pastitnya lega kerana tidak dilayangkan kad merah selepas tinjauan VAR.

Andre Silva – 6

Sangat minimum ancaman beliau dalam perlawanan ini. Beliau kena naikkan prestasi untuk menambahkan kualiti di hadapan.

Pemain gantian

Bernardo Silva – 5.5

Selepas masuk, kelibat beliau terus hilang. Hanya melakukan 5 hantaran sepanjang 20 minit dalam padang.

Joao Moutinho – N/A

Guedes – N/A

Iran

Beirandvand – 7.5

Siapa sangka pemain muda yang digelar anak jalanan di Tehran ini menyelamatkan penalti pemain terbaik dunia hari ini.

Beliau melakukan 3 ‘saves’ secara keseluruhan dalam perlawanan ini.

Rezaiean – 7

Mengawal sisi kanan pasukan dengan baik hari ini. Beliau antara pemain yang paling banyak terlibat dalam gerakan menyerang dan bertahan.

Pouraliganji – 6.5

Beliau banyak kali ditewaskan terlalu mudah oleh Ronaldo.

Hosseini – 6.5

Melakukan hadangan penting. Namun beliau kerapkali melakukan kekasaran di kawasan bahaya.

Ehsan Haji Saifi – 5.5

Kerapkali hilang daripada posisi terbaik dan lemah mematikan serangan balas.

Saied Ezatolahi – 5

Pemain paling teruk aksi dalam padang. Beliau hanya melakukan 12 hantara tepat untuk 76 minit sebagai pivot. Melakukan kesalahan defensif memberikan penalti kepada Portugal.

Alireza Jahanbakhsh – 6.5

Hantaran silang beliau mencipta 2 peluang dalam perlawanan ini. Bermain baik ketika serangan balas, namun tak pasti kenapa dikeluarkan.

Omid Ebrahimi – 6

Pemain yang terlalu agresif dan melepaskan beberapa foul.

Vanid Amiri – 5.5

Kerap kali terperangkap dengan serangan lawan di tengah.

Taremi – 6

Beliau cuba memberikan lebih banyak servis kepada Azmoun tetapi Soares hari ini beraksi sangat baik merantai beliau.

Sardaar Azmoun – 7

Pemain yang memberikan masalah di dalam kotak penalti Portugal. Namun malangnya tidak melepaskan percubaan tepat. Beliau juga sangat rajin membantu pertahanan, turun sehingga ke kotak penalti.

Pemain gantian

Milad Mohamadi – 7

Memberikan lebih kualiti di tengah. Banyak memintas bola daripada kaki lawan.

Ansarifard – 7

Seorang lagi pemain simpanan yang memberikan tambahan kualiti ketara kepada pasukan. Berupaya menggelecek dan mencipta peluang. Menjaringkan gol menerusi penalti.

Ghoddos – 4.5

20 minit dalam padang, tiada percubaan gol dan hanya melakukan 1 hantaran. Definisi sebenar melancong dalam padang di Rusia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN