Rating Pemain Poland vs Colombia, Hebatnya James Rodriguez

Poland

Szczęsny – 6

Bukan mudah untuk beliau beraksi di belakang pertahanan yang sangat rapuh dan tak tahu apa nak dilakukan.

Pazdan – 5.5

Kerapkali terdedah dengan bahaya daripada Cuadrado dan Quintero kerana Rybus sangat lambat untuk turun. Mereka bermain sistem bek bertiga.

Bedranek – 7.5

Jika tiada beliau, Poland boleh tewas lebih banyak. Beliau pemain paling bekerja keras mematikan banyak sekali gerakan lawan selepas perlindungan yang lemah di tengah.

Piszczek – 5.5

Pemain yang kurang komprehensif dalam sistem bek bertiga. Kerap naik terlalu tinggi.

Rybus – 5.5

Masalah dengan posisi. Beliau terlalu banyak terperangkap dengan posisi dan membuatkan Colombia menggempur garisan akhir beliau.

Bartosz Bereszynski -6

Gagal memberikan servis kepada no.9 dan gagal juga memberikan perlindungan di bahagian sisi kanan pasukan Poland.

Grzegorz Krychowiak – 7

Bermain dengan baik serta hampir menjaringkan gol dari jarak dekat. Memenangi 10 daripada 13 duels beliau terlibat.

Jacek Góralski – 6.5

Aksi agak sederhana ketika bertahan. Seakan-akan sudah putus asa untuk bertahan pada kedudukan 2-0.

Piotr Zieliński – 6.5

Banyak melakukan gerakan menarik di kanan. Beliau juga cepat menghantar bola kepada penyerang.

Robert Lewandowski – 6

Banyak hilang bola dalam perlawanan ini dan kerap pergi terlalu ke sisi (wide) dan meninggalkan zon di dalam kotak penalti.

Dawid Kownacki – 5.5

Boleh dikatakan antara pemain yang banyak hilang daripada aksi dalam perlawanan ini. Namun beliau tetap memiliki keupayaan untuk bersaing secara fizikal. Dikeluarkan awal.

Pemain gantian

Grosicki – 6

Lebih baik daripada Kownacki. Namun tetap bergelut untuk memberikan servis kepada penyerang.

Lukasz Teodorczyk – 5

Tidak ada perkara untuk digariskan untuk pemain ini.

Kamil Glik – N/A

Colombia

Ospina – 7

Cemerlang 2 percubaan bahaya kerana kelekaan pertahanan mereka. Namun Poland hanya melakukan 2 percubaan tepat sahaja.

Arias – 7

Pemain yang bertenaga di bek kanan. Menyukarkan pemain sayap lawan untuk mencipta peluang.

Yerry Mina – 7.5

Pemain yang kental di bek tengah untuk mengawal Lewandowski. Beliau turut menjaringkan gol pembukaan.

Davinson Sanchez – 7

Aksi lebih baik hari ini berbanding dengan perlawanan pertama. Melakukan 6 clearances.

Mojica – 6

Ini adalah pemain Colombia paling bocor pada hari ini. Mujurlah Poland tidak menghukum mereka.

Abel Aguillar – 6.5

Bermain sangat baik sebelum dikeluarkan kerana kecederaan. Beliau sangat rajin memberikan sokongan ‘depth’ kepada serangan.

Wilmar Barrios – 6

Mungkin kerana malam ini memang pertarungan antara pemain tengah cemerkap di antara kedua-dua pasukan dan Barrios antara mereka yang berada dalamnya.

Juan Cuadrado – 7.5

Sangat fluid dan banyak bertukar posisi dengan Quintero dan pemain sayap di sebelah lagi iaitu James Rodriguez. Menjadi pemain penting dalam menggerakkan serangan balas.

Quintero – 7.5

Ini antara bintang Piala Dunia Colombia setakat ini. Beliau meneruskan aksi cemerlang sebagai no.10. Melakukan 2 hantaran kunci, 1 daripadanya adalah ‘assist’ kepada Falcao.

James Rodriguez – 8

Soccer Football – World Cup – Group H – Poland vs Colombia – Kazan Arena, Kazan, Russia – June 24, 2018 Colombia’s James Rodriguez in action REUTERS/John Sibley

Pemain terbaik hari ini. Melakukan 2 bantuan gol dan menjadi pencetus banyak gerakan bahaya. Beliau berada di merata posisi.

Falcao – 7

Falcao hanya memerlukan momen yang tepat untuk mencipta sesuatu dan hari ini beliau melakukannya sekali lagi.

Pemain gantian

Uribe – 7

Beliau memastikan kemasukan dibalas dengan aksi bertenaga. Ada 1 percubaan gol daripada beliau hari ini dan 85% hantaran tepat.

Jefferson Lerma – 6

Masuk untuk lebih membantu pemain lain ketika bertahan

Carlos Bacca – N/A

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN