Rating Pemain Perancis vs Croatia, Serangan Les Blues Lebih Garang Bagi Memastikan Kejuaraan

Rating

Juara Piala Dunia 2018 sudah diketahui, Perancis berjaya mengulangi pencapaian 20 tahun lalu selepas menang 4-2 sebentar tadi.

Berikut adalah penilaian pemain pada perlawanan tersebut.

Perancis

Hugo Lloris – 5.0

Melakukan kesilapan yang memberikan gol mudah buat Croatia.

Sebelum kesilapan tersebut, beliau menghalang percubaan menarik yang dilakukan Ante Rebic pada awal babak kedua.

Benjamin Pavard – 7.0

Bek kanan yang kental dan berfungsi dengan baik bagi membantu jentera serangan.

Sedikit bergelut bagi mengawasi pergerakan Ivan Perisic pada separuh masa kedua tetapi masih berjaya mengemudi posisinya dengan baik.

Raphael Varane – 8.0

Kental di bahagian pertahanan dan sesekali melakukan larian deras yang membantu bahagian tengah.

Beliau gagal disaingi mana-mana pemain serangan Croatia dalam usaha memburu gol.

Samuel Umtiti – 7.5

Membentuk gandingan baik beliau bersama Varane di bahagian pertahanan tengah. Berada di kelas yang tersendiri.

Berjaya melakukan tujuh ‘clearances’ sepanjang perlawanan.

Lucas Hernandez – 7.0

Tenang di bahagian pertahanan pada usia yang muda. Menghasilkan bantuan kepada jaringan yang dihasilkan Kylian Mbappe.

N’Golo Kante – 5.0

Persembahannya pada perlawanan ini tidak seperti kebiasaan dipamerkan. Mendapat kad kuning pada separuh masa pertama.

Didier Deschamps mengambil risiko untuk mengeluarkannya pada minit ke-55 bagi mengelakkan dari beliau mendapat kad kuning kedua.

Paul Pogba – 8.0

Ancaman sebenar buat Croatia pada separuh masa kedua selepas sedikit tenggelam pada babak pertama.

Menjaringkan gol menerusi sepakan ‘placing’ dari luar kotak penalti.

Kylian Mbappe – 8.0

Tidak berhenti berlari ketika menyerang mahupun sewaktu membantu pemain pertahanan.

Larian derasnya begitu menyukarkan pertahanan Croatia.

Menjaringkan gol menarik buat Perancis menerusi sepakan dari luar kotak penalti.

Menerima anugerah ‘FIFA Young Player Award’.

Antoine Griezmann – 8.0

Bijak, berusaha keras dan berada pada prestasi terbaiknya apabila berjaya menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti dan tendangan percuma darinya memberikan gol sulung buat Perancis.

Berganding dengan baik bersama Pogba dan Mbappe.

Blaise Matuidi – 6.0

Menjalankan tugasnya dengan baik dan merupakan pemain tengah yang berusaha keras serta seringkali membantu serangan Perancis.

Dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Olivier Giroud – 6.0

Gagal mendapat sebarang percubaan tepat sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Berjaya memenangi 7 daripada 16 perebutan bola di udara.

Pemain simpanan

Steven N’Zonzi – 6.5

Masuk bagi menggantikan Kante pada minit ke-55. Kemasukan beliau membolehkan Pogba lebih memberikan ancaman ketika menyerang.

Corentin Tolisso – 6.5

Membantu Perancis mengawal permainan pada lewat babak kedua.

Nabil Fekir – 5.0

Menggantikan Giroud. Gagal untuk memberikan impak yang berkesan tetapi segalanya berjalan dengan baik buat Perancis untuk bergelar juara.

Croatia 

Danijel Subasic – 5.0

Ditewaskan dengan mudah pada dua jaringan awal Perancis hasil gol sendiri Mandzukic dan sepakan penalti oleh Griezmann.

Sime Vrsaljko – 6.0

Kerap membantu jentera serangan bagi memberikan ancaman. Berjaya menghasilkan hantaran-hantaran jauh yang sesekali memberikan bahaya buat kubu Perancis.

Dejan Lovren – 5.0

Sering diatasi pemain serangan Perancis dan beliau kelihatan tidak berupaya untuk mengekang Griezmann dan Mbappe.

Domagoj Vida – 6.0

Tidak dominan seperti perlawanan ketika menentang England. Namun beraksi lebih baik berbanding Lovren.

Menghasilkan bantuan kepada jaringan Perisic untuk gol pertama Croatia.

Ivan Strinic – 5.0

Mimpi ngeri buat beliau apabila terpaksa berhadapan dengan Mbappe yang begitu pantas.

Dikeluarkan pada lewat permainan.

Marcelo Brozovic – 7.0

Membantu dalam meningkatkan tempo serangan Croatia di bahagian tengah.

Mencipta 84 hantaran tepat sepanjang perlawanan.

Ivan Rakitic – 8.0

Pengemudi serangan di bahagian tengah Croatia di samping Luka Modric. ‘Berhubungan’ dengan baik bersama Perisic.

Antara pemain terbaik buat Croatia pada perlawanan akhir ini.

Ante Rebic – 5.0

Kurang efektif di bahagian kanan seperti perlawanan sebelum ini bertemu England.

Dikeluarkan untuk digantikan dengan Andrej Kramaric pada separuh masa kedua.

Hanya mempunyai satu peluang tepat ke arah gol Perancis.

Luka Modric – 7.0

Kelihatan sedikit bergelut bagi mempamerkan aksi menariknya di ‘final third’ walaupun rakan sepasukan berjaya mengawal ruang di sekitarnya.

Aksinya tidak seperti perlawanan-perlawanan terdahulu. Bagaimanapun beliau dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan (Golden Ball Award).

Ivan Perisic – 8.0

Mempamerkan aksi menakjubkan buat pasukannya apabila berjaya menjaringkan satu gol yang terus memberikan ancaman buat Perancis.

Namun kesilapannya mengakibatkan Perancis dihadiahkan sepakan penalti setelah dirujuk kepada VAR.

Mario Mandzukic – 7.0

Beliau membuatkan Lloris kelihatan seperti Loris Karius berikutan kecuaian penjaga gol Les Blues itu.

Bukan satu jaringan sahaja dihasilkannya, sebaliknya Mandzukic turut menghasilkan gol sendiri bagi jaringan pembukaan Perancis.

Pemain simpanan

Andrej Kramaric – 5.0

Dimasukkan pada minit ke-71. Walaupun berusaha keras, beliau gagal untuk memberikan impak yang diharapkan.

Marko Pjaca – 5.0

Menggantikan Strinic pada minit ke-81. Kehadirannya tidak berupaya mengekang kejayaan Perancis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN