Rating Pemain Perancis vs Belgium, Jentera Pertahanan Skuad Bimbingan Deschamps Bikin Belgium Kecewa

Rating

Perancis kembali ke perlawanan akhir Piala Dunia selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2006 apabila berjaya menundukkan Belgium 1-0 hasil jaringan Samuel Umtiti.

Berikut adalah penilaian para pemain pada perlawanan sebentar tadi.

Perancis 

Hugo Lloris – 8 

Berjaya menggagalkan beberapa percubaan yang dilancarkan dan berjaya mengekang Belgium pada babak pertama.

Meneruskan aksi cemerlang pada separuh masa kedua dan mengawal kawasannya dengan baik.

Benjamin Pavard – 7.5

Ancaman di bahagian kanan walaupun kelihatan agak bergelut bagi mengawasi Eden Hazard ketika bertahan.

Aksi bertahannya lebih baik pada separuh masa kedua.

Raphael Varane – 8.0

Melakukan tandukan yang sekaligus menyelamatkan gawang Belgium dari dibolosi menerusi rembatan Hazard.

Aksi bertahan yang menarik dipamerkan termasuk terjahan yang dilakukan terhadap Hazard pada lewat aksi permainan.

Samuel Umtiti – 8.0

Bertahan dan membaca permainan dengan baik pada babak pertama.

Jaringannya memberikan makna yang besar buat Perancis bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Lucas Hernandez – 7.5

Melakukan tugas bertahan dengan baik di bahagian kiri dan selalu melakukan ‘overlap’ bagi memberikan sokongan buat serangan Perancis.

Kelihatan begitu kental di bahagian pertahanan.

Paul Pogba – 7.5

Mengawal jentera tengah dengan kuat dan baik serta kerap mencipta gerakan bagi membina serangan ke kubu Belgium.

Berjaya mengawasi Marouane Fellaini di bahagian tengah.

N’Golo Kante – 7.0

Seperti kebiasaannya, beliau akan menjadi sebagai pemain paling sibuk di dalam padang.

‘Kante ada dimana-mana’.

Kylian Mbappe – 8.0

Memberikan masalah buat pertahanan Belgium pada awal permainan. Mempamerkan skill yang mengagumkan sepanjang aksinya.

Blaise Matuidi – 8.0

Mengawal bola dengan baik serta seringkali masuk ke kawasan bahaya bagi mengancam jentera pertahanan Belgium.

Meledakkan satu rembatan cantik dari luar kotak penalti pada awal babak pertama.

Kerap membuka ruang di bahagian kiri untuk Perancis melancarkan serangan.

Antoine Griezmann – 8.0

Menghasilkan bantuan terhadap jaringan Umtiti menerusi sepakan sudut yang dilakukannya.

Selesa bermain di bahagian atas dan kadangkala beraksi baik ketika membantu bahagian pertahanan.

Olivier Giroud – 6.0

Bergelut pada bahagian serangan untuk memberikan impak.

Selepas jaringan yang dihasilkan Umtiti, beliau beraksi sedikit ke bawah dan bertahan dengan agak baik.

Pemain simpanan

Steven N’Zonzi – 5.0

Hanya dimasukkan pada minit ke-84. Tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuktikan keupayaannya.

Corentin Tolisso – 5.0 

Hanya dimasukkan pada minit ke-85. Tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuktikan keupayaannya.

Belgium

Thibaut Courtois – 7.0

Membaca permainan dengan baik pada awal permainan untuk mengetepikan beberapa cabaran lorongan dari Perancis.

Berjaya menafikan lima percubaan tepat yang dihasilkan lawan.

Toby Alderweireld – 7.0

Mempamerkan aksi bertahan dengan baik dan juga sering naik ke atas untuk membantu memburu jaringan.

Bagaimanapun bantuan yang mahu diberikannya tidak memberikan impak.

Vincent Kompany – 6.5

Turut kelihatan kental di bahagian pertahanan serta berjaya mengawal ketat Olivier Giroud apabila Perancis menyerang.

Jan Vertonghen – 7.0

Beraksi dengan baik dan berjaya mengekang asakan lawan di sebelah kiri.

Berjaya melakukan 48 hantaran tepat sepanjang perlawanan.

Kevin De Bruyne – 6.5

Beraksi dengan baik di awal permainan. Sering melakukan beberapa gerakan menyerang.

Bermain sedikit ke bawah untuk mencari bola, namun tidak berupaya untuk melancarkan serangan berbahaya.

Marouane Fellaini – 5.5

Begitu bergelut untuk bersaing dengan Paul Pogba di bahagian tengah. Sering tewas setiap kali mendapat bola.

Axel Witsel – 7.0

Kelihatan meyakinkan di bahagian tengah. Usaha yang diberikannya kelihatan lebih keras berbanding pemain tengah yang lain.

Mousa Dembele – 5.0

Bergelut bagi mengawal pemain tengah Perancis. Tidak begitu memberikan impak yang baik. Dikeluarkan pada minit ke-60.

Nacer Chadli – 5.0

Aksi yang sedikit memberangsangkan, namun gagal memberikan impak positif apabila Perancis mula bertahan.

Romelu Lukaku – 5.0

Separuh masa pertama yang hambar buat beliau apabila berkeseorangan di atas. Babak berikutnya juga beliau masih ‘krik krik’.

Eden Hazard – 7.5

Ancaman terbesar buat Perancis pada perlawanan ini. Larian dan skill gelecekannya jelas menimbulkan kesukaran buat skuad Les Blues.

Separuh masa kedua sedikit tenggelam, namun aksinya tetap di tahap yang baik.

Pemain simpanan

Dries Mertens – 5.5

Masuk menggantikan Mousa Dembele pada minit ke-60. Hantaran lintangnya begitu berbahaya.

Satu daripada hantaran lintangnya berjaya ditanduk Fellaini tetapi sedikit tersasar.

Yannick Carrasco – 5.0

Kemasukannya gagal memberikan sumbangan yang diharapkan Martinez.

Michy Batshuayi – 5.0

Hanya dimasukkan pada minit ke-90.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN