Rating Pemain Mexico vs Sweden, Moreno, Alvarez & Ochoa Mengecewakan

Sweden berbekalkan kesungguhan berjaya mengejutkan Mexico 3-0 untuk menjadi juara kumpulan, sekaligus menafikan Jerman ke pusingan seterusnya.

Berikut adalah rating pemain Mexico vs Sweden:

Mexico (4-2-3-1):

(Photo by Donat SorokinTASS via Getty Images)

Guillermo Ochoa- 5.5
Sepatutnya mampu menampan rembatan Augustinsson. Gagal menutup ruang dengan kemas.

Héctor Moreno- 5.5
Bersalah kerana terjahan liar ke atas Marcus Berg yang menghadiahkan penalti kepada lawan.

Carlos Salcedo- 6.5
Jika ada perkara yang positif di sebalik 3 gol yang dilepaskan Mexico, ianya ialah Salcedo yang melakukan 5 clearances dan 2 pintasan.

Jesús Gallardo- 5.5
Hanya 2 tackles dilakukan. Menjadi sasaran serangan pemain sayap Sweden.

Edson Álvarez- 5.5
Sentias bergelut di dalam situasi set-pieces. Menjaringkan gol sendiri.

Carlos Vela- 6.0
Memiliki beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol, namun gagal disudahkan.

Andrés Guardado- 5.5
Hanya 30 hantaran sepanjang perlawanan. Gagal menghadirkan impak buat Mexico.

Héctor Herrera-6.5
73 hantaran dan 2 percubaan, Herrera turut melakukan lima hantaran lintang.

Javier Hernández- 6.0
3 hantaran penting dilakukan, namun gagal dimanfaatkan oleh rakan sepasukan. turut terlepas beberapa peluang separa.

Hirving Lozano- 6.5
4 kali berjaya menggelecek pertahanan lawan. Namun tidak banyak boleh dilakukan ketika berhadapan pertahanan yang kompak. Dikasari 5 kali sepanjang perlawanan.

Miguel Layún-6.0
Cuba mengancam di awal perlawanan, namun akhirnya hanya mampu menghasilkan 2 bola lintang sepanjang perlawanan.

Sweden (4-4-2):

(Photo by Anne-Christine POUJOULAT / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read ANNE-CHRISTINE POUJOULAT/AFP/Getty Images)

Robin Olsen-6.0
Tidak banyak sebenarnya yang dilakukan melainkan menyelamatkan 1 percubaan. Banyak dibantu oleh barisan pertahanan yang kental

Andreas Granqvist- 7.5
4 clearances, dan 3 kali menghadang bola, Granqvist turut cemerlang dengan sepakan penalti yang meyakinkan.

Victor Lindelöf- 7.0
7 clearances dicatatkan, Lindelof adalah pemain Sweden yang paling banyak mengeluarkan bola dari ancaman Mexico.

Ludwig Augustinsson- 7.5
1 gol dijaringkan, beliau tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki. Rajin melakukan larian dari bahagian sayap untuk membantu serangan.

Mikael Lustig- 7.0
4 clearances, dan 2 pintasan, Lustig berperanan besar untuk mematikan fungsi Lozano di sayap kanan.

Albin Ekdal- 7.0
4 tackles dilakukan, Ekdal bertindak cemerlang menyukarkan jentera tengah Mexico membina serangan.

Sebastian Larsson- 6.0
Kad kuning pada babak awal permainan membantutkan gerakan pemain ini.

Emil Forsberg- 6.5
Memiliki beberapa peluang di separuh masa pertama, namun gagal memanfaatkannya.

Viktor Claesson- 7.0
Ancaman utama untuk Mexico dengan hantaran-hantaran dari sayap kanan

Ola Toivonen- 7.0
Berfungsi baik dalam melakukan pressing. Sanggup turun ke garis rendah untuk membantu pasukan bertahan sebagai sebuah unit.

Marcus Berg- 7.5
Cemerlang membantu bahagian pertahanan di fasa bertahan, memiliki composure yang baik ketika memiliki bola. Cedera selepas terjahan Moreno yang memberikan sepakan penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN