Rating Pemain Korea Selatan vs Mexico, Hirving Lozano Permata Bersinar Buat Skuad El Tri

Rating

Mexico berada dalam mood terbaik selepas mencapai kemenangan kedua selepas menewaskan Korea Selatan 2-1. Berikut adalah rating para pemain perlawanan tersebut.

Korea Selatan

Cho Hyun-Woo – 6.5

Bertindak cemerlang bagi menidakkan percubaan menarik yang dilakukan oleh Miguel Layun, Hirving Lozano dan Andres Guardado.

Tekaan kurang tepat ketika menghadapi sepakan penalti yang diambil Carlos Vela. Kecewa akibat dibolosi dua jaringan.

Namun masih dianggap sebagai antara pemain yang mempamerkan aksi terbaik buat Korea Selatan.

Lee Yong – 6.0

Kerap melakukan kekasaran terhadap pemain Mexico sehingga dilayangkan kad kuning pada minit ke-63.

Bertindak bagi mengawasi Herving Lozano dan memberikan cabaran yang cukup baik.

Jang Hyun Soo – 5.5

Beraksi dengan baik dalam menyerap asakan yang dilancarkan bahagian serangan Mexico.

Bagaimanapun beliau melakukan kesilapan apabila bola hantaran Guardado terkena tangannya sehingga menghadiahkan sepakan penalti buat lawan.

Kim Young-Gwon – 6.0

Berjaya memberikan kesukaran buat Javier Hernandez dalam usaha mencipta jaringan.

Melakukan terjahan yang keras yang mengakibatkan beliau dilayangkan kad kuning pada minit ke-58.

Kim Min Woo – 6.0

Mempamerkan persembahan yang stabil di sebelah kanan pertahanan Korea Selatan. Mempunyai disiplin bertahan yang baik.

Mun Seon-Min -6.0

Walaupun kekurangan pengalaman di pentas tertinggi, beliau mampu menjelmakan beberapa sentuhan yang baik.

Dikeluarkan pada minit ke-77.

Ju Se-Jong -6.0

Memberikan sepenuh kudrat untuk membantu Son Heung-Min, namun ia tidak mencukupi yang menyebabkan beliau terpaksa dikeluarkan pada minit ke-64.

Ki Seung-Yueng -6.5

Mengawal keadaan di bahagian tengah dengan baik serta berjaya menyaingi lawan yang lebih hebat seperti Hector Hererra. Pengalaman luasnya cukup membantu dalam perlawanan ini.

Lee Jae Sung -6.0

Bekerja keras sepanjang permainan tetapi belum cukup untuk memberikan sokongan yang baik buat Son Heung-Min.

Namun, masih mampu mencipta bantuan jaringan yang dilakukan Son.

Hwang Hee Chan -6.5

Memberikan sumbangan yang diperlukan dengan membekalkan hantaran yang berkualiti ke dalam kotak penalti.

Antara yang mempamerkan prestasi baik pada perlawanan ini.

Son Heung-Min -7.0

Pemain yang paling bekerja keras buat Korea Selatan dengan sembilan percubaan yang diciptanya.

Usaha tersebut membuahkan hasil dengan jaringan cantik pada masa kecederaan.

Pemain simpanan

Lee Seung-Woo – 6.0

Sempat beraksi dalam 26 minit setelah menggantikan Ju Se-Jong. Memberikan sumbangan yang lebih berkesan berbanding Se-Jong.

Beliau banyak membantu Son dalam mencipta gerakan memburu jaringan.

Jung Woo-Youn – 5.5

Sempat beraksi selama 13 minit selepas menggantikan Mun Seon-Min. Tidak banyak yang dapat dibuktikannya dengan tempoh masa tersebut.

Hong Chul – N/A

Hanya sempat beraksi selama 6 minit (tidak termasuk masa kecederaan). Tiada rating buat beliau.

Mexico

Guillermo Ochoa – 7.0

Kecemerlangan yang berterusan buat penjaga gol ini.

Berjaya menafikan situasi satu lawan satu beliau bersama Son Heung-Min.

Akhirnya beliau dibolosi pada masa kecederaan menerusi jaringan menarik dari Son.

Edson Alvarez – 6.0

Pemain pertahanan muda yang kental bertahan. Mendapat bantuan dari Miguel Layun yang memberikan sokongan.

Carlos Salcedo – 6.0

Bermula dengan baik tetapi agak goyah pada separuh masa kedua.

Beliau berjaya melakukan 6 ‘blocked shots’ terhadap percubaan yang dilakukan pemain Korea Selatan.

Hector Moreno – 6.0

Seorang pertahanan yang kental dan membentuk gandingan baik bersama Salcedo.

Bakal menjadi sandaran utama di bahagian pertahanan apabila bertemu lawan yang lebih sukar di peringkat kalah mati nanti.

Jesus Gallardo – 6.0

Membantu jentera serangan bagi mencipta gerakan di bahagian sayap.

Hector Hererra – 7.0

Mempamer aksi yang meyakinkan. Seorang pemain tengah yang bertenaga dan aggresif serta begitu tenang ketika mengawal bola.

Menjadi enjin yang mencipta gerakan.

Andreas Guardado – 7.0

Berpeluang untuk meletakkan nama sebagai penjaring pada babak kedua selepas berjaya melepasi kawalan tiga orang pemain.

Hantaran lintang yang cuba dilakukannya telah memberikan sepakan penalti buat Mexico.

Seorang pemain yang berpengalaman. Keluar pada minit ke-68.

Miguel Layun – 7.0

Seorang pemain serba boleh dalam beraksi di bahagian sayap dan juga mampu untuk membantu jentera pertahanan serta persembahannya meyakinkan.

Mempunyai satu peluang yang berjaya ditepis penjaga gol Korea pada babak pertama.

Carlos Vela – 7.0 

Menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. Mempunyai peranan yang berbeza berbanding perlawanan ketika bertemu Jerman.

Juga merupakan seorang pemain yang rajin dalam melancarkan gerakan.

Keluar pada minit ke-77.

Hirving Lozano – 7.5

Sentiasa menjadi ancaman buat Korea Selatan. Gerakan yang dirancang beliau juga begitu membahayakan.

Melakukan serangan balas pantas dari kawasan tengah yang sekaligus memberikan peluang buat Javier Hernandez menyumbat gol kedua.

Keluar pada minit ke-71.

Javier Hernandez – 7.0

Melakukan satu percubaan tepat dan itu merupakan jaringan pertama buat beliau pada edisi kali ini. Ketenangan penyudah memberikan gol kedua buat Mexico.

Pemain simpanan

Rafael Marquez – 5.0

Kemasukan pemain veteran ini hampir mengundang padah apabila kesilapan di hadapan gol nasib memberikan jaringan buat Korea Selatan.

Jesus Corona – 5.0

Kemasukannya menggantikan Herving Lozano tidak memberikan kesan yang begitu diharapkan.

Giovani Dos Santos – 5.0

Tiada apa yang menarik boleh diperkatakan mengenai sumbangan beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN