Rating Pemain Jepun vs Senegal, Inui Mane Cemerlang Bersama Honda Sane

Jepun

Kawashima – 7

Beliau cemerlang pada malam ini namun sekali lagi melakukan kesilapan penjaga gol. Beliau menyelamatkan 5 percubaan bahaya.

Yuto Nagatomo – 7

Pemain yang sangat penting ketika membantu pasukan menyerang. Mengawal bola dengan kemas untuk membekalkan ‘assist’ kepada Inui.

Shoji – 6

Bermasalah dengan bola di udara dan gagal melakukan beberapa ‘clearances’.

Yoshida – 6.5

Menjadi pemimpi utama di belakang. Namun hari ini beliau sukar untuk bersaing secara fizikal. 4 kali tewas duels.

Sakai – 7

Beliau membuatkan Sadio Mane tidak terlalu dominan di sebelah kanan mereka.

Hasebe  – 7

Berkawal di tengah dengan baik dan banyak melakukan hantaran yang mencetuskan ancaman kepada lawan

Shibasaki – 6

Memberikan sokongan yang sangat baik kepada penyerang. Namun kurang variasi dalam hantaran

Takashi Inui – 9

1 gol, 1 assist dan 1 percubaan terkena palang. Beliau adalah ancaman utama Senegal dalam perlawanan ini. Beliau adalah pemain sisi.

Kagawa – 6.5

Bukan aksi terbaik beliau hari ini. Digantikan dengan Honda selepas 67 minit. Beliau dibayangi oleh N’diaye. Namun tetap mencetuskan ancaman menerusi hantaran.

Haraguchi – 6

Tidak banyak mencipta peluang dalam perlawanan ini.

Osako – 5.5

Beliau jelas ‘isolated’ daripada unit lain. Hanya melakukan 1 percubaan dalam perlawanan ini.

Pemain gantian

Keinsuke Honda – 7 

Efektif, masuk terus menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan ini.

Okazaki – 6

Masih gagal memperbaiki ‘link’ rosak di antara penyerang dengan pemain tengah

Usami – N/A

Khadim N’diaye – 5

Delemaskan dalam beberapa situasi termasuk 2 gol pasukan Jepun. Beliau tidak beraksi baik.

Moussa Wague – 7

Menjadi penjaring gol. Beliau dan Inui memberikan persaingan sangat sengit secara zonal. Beliau baru 19 tahun

Saliff Sane – 7.5

Saliff Sane terus cemerlang dalam Piala Dunia kali ini. Memenangi 12 daripada 12 duels, 7 clearances, 1 hadangan, 1 pintasan dan 1 bentesan bersih. ‘Solid’!

Koulibaly – 6

Pertahanan Napoli ini sekali lagi dibayangi Saliff Sane. Koulibaly sangat sedikit sumbangan beliau ketika bertahan.

Sabaly – 6 

Gagal lebih interaktif dengan Mane di dalam padang.

Sadio Mane – 7

Beliau menjaringkan 1 gol dan mencipta 2 peluang bahaya. Beliau berhadapan dengan pemain bek sisi yang dalam prestasi terbaik.

Idrissa Gueye – 6

Tidak cukup dinamik dalam menggerakkan bola. Banyak membantu barisan pertahanan terutama sekali mengawal Inui.

Badou N’diaye – 7

Pemain paling dominan di tengah. Beliau turut mencipta gol untuk Wague.

Ismaila Sarr – 5.5

Tidak banyak aksi daripada pemain ini. Malas untuk turun bertahan dan tiada kreativiti.

M’baye Niang – 6

Beliau sangat baik dalam ‘linking up’ dan melakukan beberapa percubaan bahaya.

Pemain gantian

Kouyate – 7

Beliau boleh dikatakan memberikan impak yang baik setelah dimasukkan. Membantu serangan dan bertahan dengan rajin.

N’Doye – N/A

Biran Diouf – N/A

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN