Rating Pemain England vs Panama, John Stones Tampil Prestasi Meyakinkan

Tujuh gol disaksikan pada malam ini, England garang membelasah Panama 6-1 dengan hatrik dari Harry Kane.

Berikut adalah rating pemain yang kami berikan.

(Photo by VI Images via Getty Images)

England (3-4-3):

Jordan Pickford-6.5
Tidah banyak yang boleh dikatakan. Berjaya menampan satu percubaan dalam situasi satu lawan satu.

Kieran Trippier-7.5
Sentiasa menjadi ancaman dari bahagian sayap sebelah kanan buat Panama dengan lariannya.

Kyle Walker-7.5
96% ketepatan hantaran, 5 clearances, Walker beraksi baik di posisi yang bukan biasa bagi dirinya.

John Stones-9.75
Dua gol dijaringkan melalui gerakan set-pieces, 98% hantaran tepat sebagai ball playing defender. Stones cemerlang.

Harry Maguire-7.5
Memenangi 5 daripada 6 perebutan bola tinggi, 5 clearances, Maguire melaksanakan arahan Southgate dengan baik.

Ashley Young-6.5
Tiada banyak aksi menyerang dari Young seperti yang diharapkan, namum memastikan pemain bek Panama sentiasa mengekori gerakan beliau untuk membuka ruang.

Ruben Loftus-Cheek-7.5
Beraksi baik untuk menggantikan Dele Alli yang cedera.

Jordan Henderson-7.0
Beraksi baik dengan memberi perlindungan kepada bek bertiga serta menjalankan tugas pivotal. 51 hantaran tepat direkodkan.

Jesse Lingard-8.0
Pemain ini bijak mencari dan mencipta ruang dalam sistem pertahanan yang kompak. Buktinya, beliau mampu mencari ruang kosong dengan larian sebelum melencongkan bola untuk gol pertama beliau di Piala Dunia.

Raheem Sterling-7.0
Aksi beliau sederhana, namun sering menyukarkan lawan dengan kepantasan yang dimiliki.

Harry Kane-9.75
Dua penalti yang meyakinkan dan hatrik dalam perlawanan ini, Kane mempamerkan keyakinan yang tinggi.

Simpanan:

Jamie Vardy- N/A

Fabian Delph- N/A

Danny Rose- N/A

( (Photo credit should read DIMITAR DILKOFF/AFP/Getty Images)

Panama (4-5-1):

J. Penedo- 5.0
Hanya sekali menyelamatkan percubaan tepat daripada England.

M. Murillo- 5.0
Hanya 1 clearances, dan dipersalahkan untuk penalti England.

F. Escobar- 5.5
2 tackles direkodkan. Turut dipersalahkan untuk salah satu penalti England.

R Torres- 5.0
Kapten pasukan yang gagal memberikan inspirasi. Tiada pintasan dilakukan dalam perlawanan.

Eric Davis-5.5
1 pintasan, 1 tackles. Bergelut menghalang Sterling dan Trippier dari sayap kanan.

Gabriel Gomez- 6.5
Antara pemain terbaik Panama dengan usaha memberi tekanan kepada pertahanan lawan. 2 hantaran jauh tepat, 32 hantaran tepat.

A. Godoy-6.0
Berusaha untuk membantu serangan Panama. Memiliki 1 percubaan tidak tepat sahaja.

A. Cooper-6.0
Tidak banyak boleh diperkatakan. Namun bejaya merekodkan gelecekan sebanyak 2 kali dalam perlawanan ini.

J Rodriguez-6.0
Hanya 1 hantaran lintang dari sebelah kiri yang menemui sasaran.

E Barcenas-6.5
Sering menjadi ancaman buat Panama dari bahagian sayap. Merekodkan 2 hantaran kunci.

B. Perez-5.5
Tiada percubaan langsung ke arah gawang gol lawan

Simpanan:

Ricardo Avila- N/A

Abdiel Arroyo- N/A

Felipe Baloy-7.0
100% hantaran tepat sejak dimasukkan, dan berjaya menjaringkan 1 gol.

(Photo by Johannes EISELE / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read JOHANNES EISELE/AFP/Getty Images)

Berdasarkan prestasi, persembahan pemain dan alasan taktikal, kami memilih John Stones sebagai pemain terbaik perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN