Rating Pemain Colombia VS Jepun, Usaha Keras Yuya Osako Terbalas Dengan Gol Kemenangan

Jepun menjadi pasukan pertama Asia yang menewaskan wakil Amerika Selatan di Piala Dunia apabila menumbangkan Colombia 2-1.

Colombia

David Ospina – 6.5 

Beraksi baik dalam menyelamatkan beberapa percubaan dari Jepun. Pemain terbaik Colombia malam ini.

Santiago Arias – 6

Melakukan beberapa pintasan, namun banyak melakukan kekasaran kepada pemain lawan.

Davinson Sanchez – 6

Secara keseluruhannya beraksi kemas di bahagian pertahanan Colombia. Namun satu kesilapan beliau telah memberikan peluang kepada Jepun untuk melakukan percubaan.

Oscar Murillo – 6

Beraksi dengan gaya pertahanan cara lama dengan melakukan 10 clearance!

Johan Mojica – 6

Pemain pertahanan yang cukup aktif dalam membantu serangan Colombia sepanjang perlawanan.

Carlos Sanchez – 3

Beliau tidak layak memperoleh rating kerana beraksi di bawah 10 minit, namun kad merah yang diterima beliau membuatkan beliau menerima rating yang agak kejam ini.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 19: Carlos Sanchez of Colombia is sent off by Referee Damir Skomina during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Colombia and Japan at Mordovia Arena on June 19, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Jefferson Lerma – 6

Melakukan 2 hantaran penting dalam perlawanan. Jelas sukar untuk beraksi selepas Sanchez dibuang padang.

Juan Cuadrado – 6

Bertindak sebagai penggerak serangan Colombia. Ditukarkan atas tujuan taktikal selepas 30 minit perlawanan.

Juan Quintero – 7

Menjalankan tugas serangan dengan baik. Sepakan percuma cantik beliau turut memberikan gol penyamaan buat Colombia.

Jose Izquierdo – 6

Gagal menghasilkan impak yang diharapakan di sayap kiri sepanjang perlawanan.

Radamel Falcao – 6

Mempunyai 2 peluang keemasan di separuh masa pertama, hilang dari radar pada separuh masa kedua.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 19: Radamel Falcao of Colombia and Shinji Kagawa of Japan in action during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Colombia and Japan at Mordovia Arena on June 19, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Elsa/Getty Images)

Pemain simpanan

Wilmar Barrios – 6

Masuk menggantikan Cuadrado atas tujuan taktikal. Melakukan satu kesilapan yang memberikan peluang kepada Jepun untuk menjaringkan gol. Dilayangkan kad kuning.

James Rodriguez – 6

Tidak memberikan impak yang diharapkan oleh seorang pemain yang berkredibiliti tinggi. Turut dilayangkan kad kuning.

Carlos Bacca – 6

Mempunyai 2 peluang namun beliau tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.

Jepun

Eiji Kawashima – 6.5

Tidak banyak diuji dalam perlawanan ini. Menerima kad kuning di penghujung perlawanan.

Hiroki Sakai – 7

Mempunyai satu peluang keemasan yang dihalang oleh pertahanan Colombia.

Maya Yoshida – 7

Memenangi majoriti dari duel yang beliau hadapi. Turut mempunyai satu percubaan ketika sepakan penjuru.

Gen Shoji – 7

Cemerlang di bahagian pertahanan. Memenangi 7 daripada 8 duel yang beliau hadapi!

Yugi Nagatomo – 7

Cukup aktif dalam membantu Jepun melakukan serangan. Tetapi hantaran lintang tidak efektif.

Makoto Hasebe – 7

Cukup efektif dalam melakukan hantaran jauh. 3 daripada 4 hantaran jauhnya menemui rakan sepasukan.

Gaku Shibasaki – 7

Cukup dominan di bahagian tengah. Memenangi 5 daripada 7 duel beliau kali ini.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 19: Referee Damir Skomina speaks with Gaku Shibasaki of Japan during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Colombia and Japan at Mordovia Arena on June 19, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Takeshi Inui – 6.5

Gerakan beliau memberikan bahaya kepada Colombia namun penyudah beliau tidak cukup tajam untuk memberikan gol kepada Jepun.

Shinji Kagawa – 7.5

Memenangi penalti untuk Jepun, menjaringkan penalti untuk Jepun.

Genki Haraguchi – 7

Tidak begitu berkesan dalam melakukan disiplin menyerang, namun cukup cemerlang dalam membantu pertahanan Jepun.

Yuya Osako – 8

Tidak bernasib baik ketika separuh masa pertama apabila pelbagai siri percubaan beliau tidak menemui jaringan. Namun usaha keras beliau terhasil di separuh masa kedua.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 19: Yuya Osako of Japan celebrates scoring the 2nd Japan goal to make it 2-1 during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Colombia and Japan at Mordovia Arena on June 19, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Elsa/Getty Images)

Pemain gantian

Keisuke Honda – 8

Masuk sebagai pemain gantian dan memberikan satu bantuan gol. Inspirasi!

Hotaru Yamaguchi – 7

Tidak memberikan banyak impak ketika masuk di penghujung permainan.

Shinji Okazaki – N/A

Tiada rating kerana beliau masuk tidak lebih dari 10 minit permainan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN