Rating Pemain Brazil vs Serbia, Coutinho Di Kelas Tersendiri, Matic Berjuang Sendirian

Brazil menang 2-0 ke atas Serbia dan melangkah ke pusingan kalah mati. Ini adalah penilaian pemain oleh kami.

Brazil

Alisson – 6.5

Walaupun tidak dibolosi namun ada beberapa kali dilemaskan di kawasan gol dan melakukan 1 kesilapan penjaga gol.

Marcelo – N/A

Keluar awal kerana kecederaan

Thiago Silva – 8

Sangat bertenaga berhadapan dengan permainan fizikal pasukan lawan. Menjaringkan gol menerusi tandukan berhadapan pertahanan Serbia yang keras.

Miranda – 6

Bertahan baik dengan Thiago Silva namun melakukan beberapa kesilapan yang hampir membawa padah.

Fagner – 7

Berjaya meneutralkan impak daripada Kolarov untuk membendung lebih banyak hantaran lintang bahaya.

Casemiro – 6

Beberapa kali hilang posisi membuatkan ruang beliau dieksploitasi

Paulinho – 7

Cemerlang ketika transisi. Beliau menjaringkan gol yang cantik hasil gerakan dan kawalan bola sempurna. Beliau jelas sekali pemain penting Brazil di tengah.

Coutinho – 9

Ini adalah pemain terbaik Brazil hari ini. Beliau melakukan banyak sekali killer passes dalam perlawanan ini. Salah satu daripadanya disempunakan oleh Paulinho.

Neymar – 7

Kadangkala terlalu lambat melepaskan bola dalam keadaan rakan beliau berada di posisi terbaik. Sepatutnya lebih ‘decisive’ di dalam kotak penalti. Namun beliau tetap menjadi ancaman yang sangat bahaya.

Willian – 6

Willian hilang bola 4 kali dalam perlawanan ini dan kerap melaukan ‘clearances’ yang agak kasual dan mengundang bahaya.

Gabriel Jesus – 5.5

Jika beliau lebih tajam, beliau boleh menjaringkan 1 atau 2 gol dalam perlawanan ini. Hanya berjaya melepaskan 1 percubaan ke arah gol yang dihadang.

Pemain gantian

Felipe Luiz – 7

Masuk awal menggantikan Marcelo. Beliau memberitahu yang beliau cukup bersedia menggantikan itu bila-bila masa. Sepakan misil yang hampir gol.

Fernandinho – 6

Beliau agak sukar mendapatkan rentak di tengah berhadapan dengan pemain Serbia pada fasa mereka dalam rentak terbaik

Renato – N/A

Serbia

Stojkovic – 7.5

Cemerlang menafikan beberapa percubaan secara 1 lawan 1. Beliau melakukan 4 saves dalam perlawanan ini.

Kolarov – 6

Beliau gagal berhubung dengan lebih baik dengan penyerang.

Veljkovic – 6

Kerap dibuli oleh barisan serangan Brazil. Bukan hari terbaik beliau.

Milenkovic – 7.5

Beraksi baik di bek tengah. Melakukan 5 ‘clearances’, 3 hadangan, 2 pintasan dan 2 bentesan bersih.

Rukavina – 5.5

Dieksploitasi dengan kerap oleh Neymar dan Coutinho. Bukan tugas mudah.

Milinkovic Savic – 5.5

Kurang menjadi hari ini. Gagal membentuk gandingan lebih baik dengan Matic sebagai pivot.

Matic – 7.5

Beliau menjadi nadi penting di tengah. Namun kerap berjuang sendiri di tengah kerana Milinkovic Savic dan Ljajic tidak ‘cohesive’ dengan beliau.

Ljajic – 5.5

Apa dah jadi dengan Ljajic? Pemain yang diramal akan memberikan impak dalam Piala Dunia kali ini. Terus gagal menunjukkan aksi terbaik beliau.

Dusan Tadic – 7

Pemain yang paling bertenaga dan dinamik untuk Serbia menggerakkan bola dan mencipta peluang gol.

Kostic – 6.5

Banyak membantu dalam melakukan hantaran penetratif ke dalam kotak penalti.

Mitrovic – 7

No.9 terbaik dalam perlawanan ini adalah bermain untuk pasukan Serbia. Beliau sangat efektif menyambut hantaran rakan beliau walaupun peluang agak terhad. Kempen Piala Dunia yang baik untuk beliau.

Pemain gantian

Zivkovic – 6.5

Beliau mencipta 1 hantaran bahaya dan 1 hantaran silang tepat sebaik sahaja dimasukkan.

Radonjic – N/A

Jovic – N/A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN