Rating Pemain Belgium vs Jepun, Kemasukan Chadli & Fellaini Beri ‘Nyawa’ Buat The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Rating

Kemasukan Nacer Chadli dan Marouane Fellaini memberikan sumbangan bermakna apabila kedua-dua pemain menghadiahkan jaringan untuk membawa Belgium ke peringkat suku akhir.

Berikut adalah penilaian (rating) bagi para pemain Belgium dan Jepun.

Thibaut Courtois – 6.0

Hampir melakukan kesilapan besar pada penghujung babak pertama.

Bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan yang dilakukan pemain Jepun terutamanya pada penghujung permainan.

Dibolosi dua jaringan dan salah satunya melepaskan gol hasil percubaan dari jarak jauh.

Toby Alderweireld – 6.0

Melakukan hadangan yang penting bagi menghalang percubaan yang cuba dilakukan Inui selepas kedudukan terikat 2-2.

Tidak banyak diuji berbanding rakan pertahanan yang lain.

Vincent Kompany – 7.0

Sering naik ke atas ketika situasi bola mati. Percubaan akrobatiknya hampir memberikan jaringan.

Membantu dalam menggerakkan serangan dari bawah.

Jan Vertonghen – 7.5

Melakukan cabaran yang penting pada empat minit terakhir. Bagaimanapun beliau gagal mengeluarkan bola dengan baik yang sekaligus memberikan jaringan buat Jepun.

Berjaya menghasilkan jaringan yang menjadi penaik semangat buat rakan sepasukannya.

Thomas Meunier – 7.0

Banyak membantu jentera serangan di bahagian sayap kanan.

Turut menghasilkan banyak hantaran jauh dan lintang buat pemain di bahagian serangan terutamanya gol kemenangan yang dicipta Nacer Chadli.

Kevin De Bruyne – 6.5

Banyak melepaskan bola dan tidak mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang permainan.

Namun, masih memainkan peranan dalam menggerakkan bola terhadap gol kemenangan Belgium di minit terakhir.

Axel Witsel – 6.0

Sering membantu serangan yang dicipta barisan penggempur Belgium. Beliau hampir menjaringkan gol sendiri.

Yannick Carrasco – 5.0

Bermula dengan baik pada 10 minit awal. Kemudiannya beliau kelihatan bergelut dan sering berada di luar posisinya.

Kewujudannya tidak begitu dirasai dan dikeluarkan pada minit ke-65.

Dries Mertens – 7.0

Melakukan hantaran menarik namun gagal disudahkan oleh Romelu Lukaku.

Pada awal separuh masa kedua, beliau mengumpan dengan baik bola percubaan Eden Hazard yang terkena tiang gol.

Kemudiannya turut mengumpan bola kepada Lukaku yang gagal menanduk tepat bola ke arah gol. Dikeluarkan pada minit ke-65.

Eden Hazard – 7.5

Meledak rembatan menarik pada babak pertama yang berjaya ditumbuk keluar Eiji Kawashima.

Menggunakan kebolehan menggelecek yang dimilikinya untuk mengkucar-kacirkan jentera pertahanan Jepun.

Menghasilkan bantuan jaringan terhadap gol yang dihasilkan oleh Marouane Fellaini.

Ancaman terbesar buat Jepun setiap kali beliau mendapat bola.

Romelu Lukaku – 6.0

Begitu berusaha untuk mendapatkan jaringan terutamanya pada minit ke-16 tetapi sepakannya dihalang pertahanan Jepun.

Sumbangan paling berkesan olehnya adalah ‘dummy’ yang dilakukan bagi memberikan ruang dan peluang buat Nacer Chadli menjaringkan gol kemenangan.

Pemain simpanan

Nacer Chadli – 7.5

Masuk menggantikan Carassco pada minit ke-64.

Banyak menggerakkan serangan menerusi larian derasnya yang turut membantu penghasilan gol pertama Belgium.

Tandukannya ditepis Kawashima pada lima minit terakhir.

Membuktikan kehadirannya bermakna dengan jaringan kemenangan pada minit ke-94.

Marouane Fellaini – 7.5

Masuk menggantikan Mertens pada minit ke-64. Telah memberikan yang terbaik terutamanya ketika tandukan gol penyamaan.

Jepun

Eiji Kawashima – 7.0

Menumbuk keluar percubaan pertama Belgium yang dilakukan oleh Eden Hazard. Menafikan banyak percubaan yang dilakukan pemain Belgium.

Kesilapannya yang berada di luar posisi memberikan jaringan pertama buat Belgium menerusi Jan Vertonghen.

Hiroki Sakai – 6.5

Prestasi baik dipamerkan sepanjang perlawanan. Hampir mengumpan bola kepada Osako untuk gol sepatutnya menghasilkan gol ketiga buat Jepun.

Maya Yoshida – 7.5

Bertindak cemerlang bagi merantai setiap pergerakan Lukaku. Banyak melakukan hadangan yang penting terutamanya terjahan menarik pada minit ke-68.

Gen Shoji – 7.0

Membentuk gandingan baik bersama-sama Yoshida. Memenangi beberapa perebutan fizikal dengan Lukaku.

Yuto Nagatomo – 7.0

Melakukan tandukan yang penting bagi mengeluarkan bola cubaan Meunier. Mengumpan bola yang cantik kepada Osako pada penghujung separuh masa pertama.

Sama seperti Sakai, beliau membantu bahagian sayap untuk mencipta gerakan.

Makoto Hasebe – 5.0

Ketua pasukan Jepun ini sedikit sebanyak mengemudi jentera tengah. Gagal mengawal Fellaini sekaligus memberikan gol penyamaan buat Belgium.

Gaku Shibasaki – 7.0

Mendapat kad kuning selepas mengasari Eden Hazard. Lorongan cantik darinya disudahkan dengan berkesan oleh Genki Haraguchi.

Dikeluarkan pada minit ke-81.

Genki Haraguchi – 7.5

Menjaringkan gol pada minit ke-48 bagi membuka tirai jaringan. Meledak beberapa percubaan sebelum dikeluarkan pada minit ke-81.

Shinji Kagawa – 7.0

Bermula dengan baik apabila melepaskan rembatan tetapi sedikit tersasar sebaik sahaja perlawanan dimulakan.

Beliau terlibat dengan dua gerakan gol yang dihasilkan Jepun.

Takashi Inui – 7.5

Mempunyai kebolehan menggelecek yang mampu memberikan bahaya serta merupakan ancaman terbesar buat Belgium.

Menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti.

Yuya Osako – 6.5

Beraksi sebagai penyerang tunggal. Mempunyai peluang menarik pada penghujung separuh masa pertama yang membawa kepada kesilapan Courtois.

Menguji Courtois pada minit ke-63 tetapi masih gagal menghasilkan jaringan.

Pemain simpanan 

Kaisuke Honda – 6.0

Masuk pada minit ke-81 dan mempunyai dua percubaan terbaik terutamanya menerusi sepakan percuma yang berjaya dinafikan Courtois.

Hotaru Yamaguchi – 5.0

Dimasukkan pada minit ke-81. Sepatutnya beliau dapat menghalang serangan balas pantas yang dihasilkan Belgium yang menjurus kepada gol kemenangan mereka.